Friday, December 12, 2008

The Candle Light Lunch



It has been some time before me and my husband when for a date. Maybe nearly a year...gosh, I can't even remember the last time we went out just the two of us. Not with Mujahid, not with Mukhlis, and not with any other Berliner friends. So last Thursday, it was just the 'two' of us... besides the 35 weeks old baby in my tummy. Well actually, the date was not quite been plan. It just happen that morning, Rizza ask if I would like to go somewhere for lunch after the registration at Humblot Klinikum. It was than decided that we would go to Sisaket, a special Thai restaurant. Ini semua gara-gara tengok rancangan Jalan-Jalan Cari Makan beberapa bulan lalu hingga tidak dapat tidur sepanjang malam kerana teringin makan ikan kerapu masak masam manis. So, if you are pregnant oversea, far-far away from Malaysia don't ever think of watching JJCM!
Alhamdulillah, we arrive at the hospital just on time... after swtching 2 u-bhans and taking a bus untill the end station in a very cold winter day. 'Smoke' not only come out as you speak, but also as you breath... just like a chu-chu train. Alhamdulillah, they switch us to a midwife that 'can' speak english. Walaupun, midwife ni tidak dikursuskan ke 'Kempen Budi Bahasa dan Mesra Pelanggan', tapi membuat kami senang hati walaupun dengan status sebagai pendatang dengan izin. Antara soalan yang tidak ditemui dalam pengalaman bersalin sebelum ini adalah :
1) siapakah yang akan menjaga anak-anak kamu sepanjang kamu di hospital? atau perlu bantuan?
2) adakah kamu ingin berehat di hospital untuk beberapa hari sebelum pulang?
3) anak yang dilahirkan nanti ingin diregisterkan dengan nama family bapa atau nama family ibu?
4) siapa nama doktor dan midwife di klinik yang buat pemeriksaan sepanjang pregnancy? (hmm, kalau di Malaysia, pengsan nak jawab soalan ni!)
...dan soalan-soalan common yang lain dalam versi yang lebih detail dan memakan masa lebih setengah jam.
Then after a nice hot-choclate, we took off to lunch together holding hands. Taklah romantik sangat macam pasangan baru, but walking is a big challenge for me now. Rasa seperti bawa bola bowling antara dua kaki. Orang selalunya pergi candle light dinner, kami pergi candle light lunch... nak buat macammana, setiap meja memang dah dipasang lilin. Sitting in front of each other while waiting for the cuisine to arrive, we were speechless. We looked at each other, we smiled at each other but we could not think what to say. "Kita nak cakap apa abang?". It must been a long time since we when out just the two of us. Yelah, biasanya keluar makan dengan anak-anak. Masing-masing sibuk secara automatik seolah ada pembahagian tugas. Masa yang adapun curi-curi suap mulut sendiri sambil suap anak makan, dan memastikan tiada yang tumpah atau pecah...
That momment, I've realived that kami dah terlalu sibuk sebagai Abi dan Ummi sehingga lupa pada masa yang sama kami juga adalah Abang dan Sayang. Teringat pengisian Ramadhan lalu oleh seorang ustaz Indonesia di Masjid Al-Falah. Katanya, "Ibu-ibu harus ingat, jangan sampai jadi begini.. masa mula-mula perkahwinan, semua yang baik adalah suamiku. Di pertengahan perkahwinan, kenapa suamiku tidak seperti suami atau lelaki lain. dan di akhir-akhir usia, semua lelaki adalah baik kecuali suamiku! Tetapi, selalulah katakan pada diri bahawa suamiku adalah kurnia terindah dari Tuhan." Anyway, in a few weeks insyaAllah my baby will be born. Walaupun cuma beberapa jam kami keluar bersama, I'm truly grateful to Allah for giving us the time. And thanking my husband for taking leave dalam hari-harinya yang sangat padat dan meng'kopak'kan duit abang for this special date. Untill that day comes again, I'll be waiting...
- Ummi, 221208 4.20am –

Thursday, December 11, 2008

Benarkah aku dalam kerugian?



Ibarat mengukir pada batu, perlu kesabaran, ketekunan dan ketelitian… Biarpun sukar, namun ukirannya kekal lama. Begitulah ibaratnya membesar dan mendidik anak. Bermula dengan memberikannya nama yang baik, melengkapi keperluan tumbesaran rohani dan jasmani. Alhamdulillah, hingga kini kami dikurnia 2 orang cahaya mata dan insyaAllah, bakal menerima kehadiran ahli baru dalam keluarga. (sekarang minggu ke 32 pregnancy)
Baru-baru ini kami diberitakan kematian anak kepada kawan Rizza yang baru berusia 2 bulan. Apabila dibayangkan perasaan mereka tentu tidak tergambar. Lantas terfikir, sejauh mana telah kusyukuri atas anugerah anak. Perumpamaan biasa, anak itu penawar dan bisa, madu dan racun… Dengan kedatangan ahli baru, tidak dinafi perasaan ragu-ragu datang bertandang, adakah aku mampu menjadi ibu yang baik, mengapa prestasiku sebagai ibu belum cemerlang lalu Allah menambah, dan pelbagai lagi… kadang kala, bermain dengan fikiran seperti ini jika tidak ada pembatas, boleh menjadikan kita sentiasa bersedih. Walhal, tentunya Allah mempunyai sebab yang banyak untuk kita terokai.
Kata seorang kenalan baru-baru ini benar-benar buat aku tersentak. “Kesiannya Mar, dahla terlepas naik pangkat, nak buat masters mengandung pulak. Rugi-rugi..”. Ya, memang benar aku ketinggalan tatkala teman-teman lantikan sebatch yang lulus PTK telah dinaikkan pangkat bulan 3 lalu… Ya, memang benar ada sejumlah kawan-kawan yang bukan sahaja naik pangkat, bahkan berpeluang melanjutkan pelajaran di pelbagai negara dengan bergaji penuh… Ya, memang benar aku terlepas itu semua… Selama ini memang perasaan itu masih bermain di fikiran. Namun setelah terbit dari mulut orang lain, benar-benar buat aku terbangun.
Mengapa aku perlu dikasihani? Mengapa aku dikatakan sebagai rugi? Apakah neraca timbangan yang harus digunakan untuk menilai aku dalam kerugian dan perlu dikasihani? Adakah menjadi seorang surirumah sepenuh masa adalah suatu kerugian yang perlu dikasihani? Bukanlah kedudukan, harta dan pangkat sahaja yang menjadikan nilai kepada seseorang. Berapa ramai yang berkedudukan tetapi tidak mempunyai jati diri mengambil rasuah atau menggunakan sesuatu yang bukan kepunyaan untuk kepentingan peribadi… Berapa ramai yang berharta tetapi diri dan hartanya tidak bermanfaat buat orang lain… Berapa ramai yang berpendidikan tinggi, tetapi masih memiliki mentaliti rendah seperti membuang sampah merata-rata?
Tidak rugi sama sekali aku tidak naik pangkat awal tahun lalu, dan tidak perlu disedihkan juga tidak berpeluang sambung belajar buat masa ini! Berbahagialah kerana diberi masa dan kesempatan untuk berada disamping suami dan anak-anak tatkala mereka memerlukan. Rupa-rupanya telah lama Baginda Rasulullah s.a.w berpesan agar dalam hal dunia, lihat kepada mereka yang berada di bawah. Dalam hal akhirat, lihat kepada mereka yang lebih tinggi… Syukurlah kerana Tuhanku yang Maha Agung juga menilai seseorang melalui taqwanya dan bukan dari segi pangkat, harta dan kedudukan. Jika tidak sudah pasti aku ketinggalan berbanding teman lain.. Tetapi dalam hal taqwa, kita masih ditimbang dengan nilaian yang sama… Mengingat hal ini, hati menjadi lebih tenang. Seandainya aku banyak mengeluh, tidak bersyukur dan berasa putus dari rahmat Allah, tatkala itu benarlah aku dalam kerugiaan!
- Ummi, 241108 4.30am –

Wednesday, December 10, 2008

Tomorrow is father's day!



This writing is dedicated to two special men in my life. Jazakumullahu khair for your patience, guidance and endless love. ..walking by my side making sure that I lead my life dalam redha Allah.
Tentang Ayah
It’s father’s day and you know what? I miss my ayah. He has come in my dreams 3 times since I’ve move to Germany. Once he was giving me advice, second he accompanied me to places gathering information for my masters, and lastly we were playing together at the playground. Gosh, what has got into me! Alhamdulillah dengan teknologi internet, receiving emails from ayah really brighten up my days. Just like masa di asrama, terima kad-kad ucapan dari ayah.
Well ayah doesn’t talk much, but deep inside we all know how much he loves us all adik-beradik. Teringat peristiwa sedih ketika Suhaib accident dan koma beberapa hari. Nauzubillahi min zalik.. Air mata kita semua tak henti-henti menangis, bahkan terasa seperti setiap denyut nadi tidak henti berdoa untuk Aib.. But what hurt me more was to see how sad ayah was. Ayah hingga demam, tak lalu makan, dan ketika akhirnya ayah hendak suap makan, ayah menangis. Terdengar kata ayah pada mama, “macammana nak makan, kalau anak antara hidup dan mati..“ I ran outside and cried my heart out. Petang tu I told Aib, “cepat bangun, jangan tidur lama sangat sebab mama ayah really missus you.”
Apapun banyak sebenarnya kesilapan yang dilakukan sebagai anak. But what I regret most is kecikkan hati ayah on my wedding’s day! Ya Allah, kalaulah boleh diulang…how can I be so foolish to upset my parents just sebab nak jaga hati in-laws. Walhal bila ada masalah, I come running back to mama ayah. Sepatutnya berfikir dan bertindak secara bijak dan matang supaya semua pihak gembira. Anyway, now I have two ayah’s. My father in-law must be a great father too that he successfully brought up Rizza to be a great man. And without ayah’s blessing I wouldn’t choose him as a life partner.
Happy father’s day Ayah!
Tentang Abang
It’s father’s day and yet my husband has to do almost everything from cooking, laundry, feeding the kids, beli groceries.. Ya Allah, what to do. My morning sickness is getting worst in each pregnancy. I can’t cook, I can’t even tahan the smell from the fridge and sink! Jangankan nak makan, certain dish tengokpun nak muntah. (That’s why he has to feed the kids :P) Poor Rizza, each day he would hantar Ayid, pergi ofis, ambil Ayid, pergi ofis lagi.. He walks around 10km a day and come back home to cook his own dinner. Oh god, I feel so helpless. Hopefully this will end soon… Once I wanted to eat bihun tomyam, he came back with instant noodle perisa curry thai. Rasanya jauh dari dekat dekat the actual thing. Then I wanted to eat sambal tumis, so he cook nasi lemak. That was the only thing I remembered enjoy eating. Now, I wanted to eat nasi kenduri kahwin with all the lauk’s and acar buah..he surrended.
Let me give you a little picture on what he has to face right now..
1) The company yang offer buat PHD research has stop production 2 months ago, and now he is struggling hard to find a new source,
2) We have to move out from our house before 26 June 08,
3) We have to find a new home in less than two weeks time,
4) He has to make the new house ready as it has absolutely nothing including lights,
5) He has to make sure rumah lama dalam keadaan sebelum masuk untuk tebus deposit.
So, with all the challenges he still try his best to make my pregnancy easier. He even manage to help his family back home in Malaysia. I pray to Allah that He will repay my husband’s good deeds. Moga diberi kekuatan berjiwa besar dan nikmat kerehatan yang sempurna… (he looks sooo tired!)
Happy father’s day Abang!
- Ummi, 140608 5.15am -

Tuesday, December 9, 2008

Happy 4th Birthday To Ahmad Mujahid!



There’s so much to tell about Mujahid. Well, everyone knows how my first son is like. There are times went you fell so upset when someone compares him with budak ‘kebanyakkan’ yang nampak baik je. Yes, Mujahid is perfectly normal with SOOO MUCH energy hingga orang kategorikan sebagai budak nakal. Mungkin mereka tidak bermaksud begitu, tapi bagi seorang ibu kata-kata itu sangat menyakitkan hati. The first time kami bawa ke kelas mengaji anak-anak, dia berlari ke sana sini sambil buka tutup suiz lampu ketika sesi solat bersama anak-anak.
“Kamu tidak mau ngaji ye, kita tinggal aja dia, dia hanya pandai main”
“Anak-anak yang lebih kecilpun pandai solat, tidak macam kamu”
Rasa macam nak lari saja dari tempat itu, tetapi digagahi jua hati. Aku bukan pengecut, dan aku tidak akan kalah kepada kata-kata orang! Senyum sahajalah. Mereka hanya pandai menyindir. Mengapa tidak berani kata kepadaku bahawa aku tidak pandai menjaga anak. Ini jawapan yang telah lamaku sediakan, “Ibu, kalau ajar anak-anak biasa ini, ibu akan dapat satu pahala. Tapi kalau ibu berjaya didik anak seperti anak saya, Tuhan ganjari 10 kali ganda”. Besar cabaran dalam membesarkan anak yang aktif. Dan pastinya Allah hanya anugerahkan buat mereka yang mampu! Alhamdulillah, kupunya mama tempat rujukan yang hebat..
Dalam usia 4 tahun, Mujahid masih kurang matang, masih berlari dihadapan orang solat. Alhamdulillah, prestasinya makin baik apabila sekarang dia masih lalu dihadapan, tetapi helahnya tidak pijak sejadah! Ini belum cerita bagaimana untuk mengajarnya menulis, mengaji, solat. Untuk menyiapkan satu baris latihan menyambung titik-titik pun, dia mengambil masa satu jam. Bagi budak biasa, ditambah jika dia seorang budak perempuan, latihan itu mampu disiapkan kurang dari beberapa minit. Buat satu, makan, buat satu, pensil jadi kapal terbang, buat satu, keliling buku dilukis hotwhells track..dan pelbagai lagi. Mulanya memang menghampakan, tapi Abi selalu pesan jangan bandingkan dia dengan anak orang lain. Ya, sekarang hanya bagi kertas putih untuk melukis. MasyaAllah, sejujurnya dia anak yang kreatif dan pandai. Mungkin kita akan buat ‘rumah’ biasa dengan LEGO, tapi bukan Ayid. Dia membina spaceship, aeroplane, helicopter, kapal batman, dan pelbagai lagi.. Alhamdulillah, sejak guna buku ngaji kaedah Asy-Syaathir yang mama bagi, Ayid dah boleh baca huruf yang disambung, dan bukan lagi setakat hafal alif ba ta. Ya Allah, bayangkan betapa perlunya sabar untuk ajar dia yang nak duduk diam 5 minit pun susah!
Alhamdulillah, dah sebulan Ayid di kindergarden (KITA) walaupun kehadirannya bulan Mei cuma 11/19. Kaedah pembelajaran disini agak berbeza bagi anak seusia Ayid diberi aktiviti untuk stimulate pelbagai kemahiran tanpa terikat kepada buku membaca, menulis, mengira. Kadar yuran adalah sebanyak 53€ setiap 3 bulan termasuk lunch & teatime, baki 477€ dibiayai oleh Kerajaan German!! Ayid diletakkan dibawah pengawasan Cikgu Jens, seorang guru lelaki! Siapa pernah jumpa cikgu tadika lelaki kat Malaysia? 2 minggu sebelum Ayid officially di KITA adalah sesi penyesuaian dimana ibu/bapa perlu bersama anak dalam SETIAP aktiviti bermula pagi hingga lunchtime. Apabila anak telah menunjukkan peningkatan, ibu/bapa perlu berada di ruang menunggu untuk jangka masa yang sama. Hanya apabila guru-guru disitu memberikan greenlight, barulah kita boleh tinggal terus anak sepenuh masa. Masa datang dan balik tidak terikat dengan maksimum sehari 7 jam. Nak masuk KITApun kene buat medical checkup dulu… Ini belum kalau anak sakit teruk di KITA, kita kene tunjuk surat pengesahan doctor menunjukkan anak kita telah diperiksa. Leceh juga!
Apapun, to add the challanges Ayid has a younger brother that follow the things he does! Happy 4th birthday to our dear son, Mujahid. Pohon doa semua agar dia menjadi anak soleh dan musleh. Juga doakan kami punya kesabaran untuk mengasuhnya…
- Ummi, 030608 3.21pm -

Monday, December 8, 2008

Catatan Perjalanan Pengiring Pemain Simpanan




Last two weeks, student-student Malaysia seluruh German menyertai program sukan ajuran pihak kedutaan (rasanyalah – i'm not sure). Dianggarkan ada lebih kurang 1000 orang student Malaysia di Germany. Tapi entahlah, tak rasapun macam 1000 orang sebab kat Berlin cuma ada 5 famili dan tiada student first degree tajaan JPA/Mara. Maybe betulla kot... Anyway, perjalanan ke Bandar Bremen memakan masa 6 jam dan perlu turun naik tukar train. Rasanya 4 train berbeza yang kami naik hari tu. Tetapi Sabtu itu, kami rekodkan 9 jam untuk sampai ke tempat penginapan (1.00 petang – 10.00 malam). Ditambah dengan 2 kali train berhenti lama sebab ada passenger yang sakit. Siap ada helicopter rescue mendarat di sebelah train untuk bawa passenger tersebut. Passenger train semua dah restless sebab kene tunggu lagi. But Mujahid seems to have a great time main lari-lari bersama anak kawan dan seorang budak turki. Well, kids sure know how to make themselves happy!
Di Bremen, kami dan 3 lagi family tumpang di rumah student JPA. Alhamdulillah, dinner was ready cook by them as we’re were all so very hungry and tired. Next day, kami tidak melepaskan peluang meronda-ronda sekitar Bandar Bremen, the famous historic city yang cantik! Mengikut lagendanya, Bremen diselamatkan dari perompak oleh sekumpulan haiwan tua yang lari ke Bremen untuk menjadi musicians. A donkey, a dog, a cat and a coak. Untuk cerita lanjut boleh layari http://www.bremen-tourism.de/english/bremen.cfm. Nanti tengoklah gambar yang kami ambil, sebab susah nak describe bangunan-bangunan lama yang cantik dan dipelihara rapi.
Early next day, kami bergegas ke Hannover untuk perlawanan bola sepak. Pasukan Berlin digabung dengan bandar mana I can't recall dan disertai dengan pemain import (budak-budak student Indonesia). Pasukan kami berjaya masuk semi-final walaupun kesudahannya Abi, pemain dengan jersey nombor 16 tak mainpun! Dia dapat jawatan baru sebagai camera man . Kami bertolak ke Bahnhof untuk pulang ke Berlin pada jam 8.00 malam. Setibanya di Bahnhof, diumumkan SEMUA jadual speed train pada malam itu delayed for an hour. Apapun, Alhamdulillah perjalanan pulang mengambil masa 2 jam. So that was our first family backpack journey at Germany. Back home we have two cars but here we have a stroller kerusi dua (depan dan belakang) yang dibeli dari eBay… Back home, kalau nak pergi holiday masuk kereta, keluar kereta, masuk bilik hotel, mandi swimming pool, makan buffet… It’s very different now, and well your feet is fully utilizes. Alhamdulillah, a great experience to make you stronger in life.
- Ummi, 220508 3.38pm -

Sunday, December 7, 2008

Kisah Si Pokok Pain


Catatan ringkas ini ditujukan istimewa buat bonda dan ayahanda tercinta sempana ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 30 hari ini! Moga cinta kalian teguh berdiri dalam rahmat dan lindungan Rabbul Jalil…
Sebatang pokok pain dihadapan rumah sering menjadi tatapan. Namun hari ini baru dapat memahami apa yang cuba diceritakannya. “Kau harus teguh berdiri…” Itulah pesanan si pokok pain. Semasa winter, semua pokok-pokok lain disekeliling kehilangan serinya. Yang tinggal cuma dahan dan ranting. Ditambah dengan cuaca yang suram dan malam yang sungguh panjang (3.30 petang hingga 8.00 pagi). Tetapi pokok pain tetap hijau. Tetapi sekarang keadaan sudah berubah. Pokok-pokok semuanya bersaing menunjukkan kecantikan masing-masing. Daun-daun telah kembali dengan pelbagai warna. SubhanaAllah… dan si pokok pain tetap dengan hijau yang sama. Bahkan kecantikannya kian terlindung oleh pokok-pokok lain….
Dari satu sudut, begitulah yang dialami. Semasa winter, aku dengan jilbab dan berbaju besar…dan sekarang juga sama, dengan jilbab dan berbaju besar. Sedangkan inilah musim bermulanya wanita bersaing menunjukkan kecantikan masing-masing. Namun, ku harus teguh berdiri seperti si pokok pain. Jauh di sudut hati, adakah suamiku akan melihat aku cantik walaupun terlindung dengan kecantikan lain. Inilah masanya untuk pegang erat pesanan Tuhanku, “..Kamu tidak seperti wanita–wanita lain, jika kamu bertaqwa” (Q 33:32).
Atau dari dimensi berbeza, hidup ini penuh cabaran. Ada orang yang kelihatannya sentiasa senang dan berjaya seperti di pokok pain. Ada pula orang yang perlu bertarung untuk senang dan berjaya. Bahkan tatkala kita berjaya setelah mengharungi pelbagai dugaan, maka kecantikannya lebih terserlah. Lebih cantik seperti indahnya pokok-pokok lain sekarang berbanding si pokok pain. Bukankah “the sharp cut of the chisel gave the marble grace and form…”
Apapun, terima kasih si pokok pain atas peringatannya. Kau memang hebat dariku kerana kau sentiasa mentaa’ti Tuhanmu.. Moga kau terus teguh berdiri hingga saat dijemput pulang… Coretan ini ditulis sedang sekarang Abi sedang bergelut dengan cabaran pertamanya dalam PHD, Mujahid dengan pelbagai karenah untuk dapat perhatian, Mukhlis sedang demam dan muntah-muntah… dan aku harus teguh berdiri untuk mereka.
La Haula Wa La Quwata Illah Billah. Sesunggahnya tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah…
- Ummi, 290408 9.40pm -

Saturday, December 6, 2008

Willkommen Spring!



Hier kommt spring! Subhanallah, such beauty… each morning me and my sons would wave goodbye to Abi. Sitting by the window and observe the magnificent creatures of Allah. Well, the trees yang sebelum ini cuma tinggal dahan dan ranting telah mula berputik. MasyaAllah, macam kena colour setiap hari bertambah warna. Yellow, light green, red… not only the trees are busy, the birds are busy as well. Because our house in at level 4, so we could see the birds flew here and there picking up sticks and grass to build their nest. As they say, spring and love is in the air!
Suhu pula pelbagai catatan. Ada hari yang 18 degree, ada hari yang 2 degree. Aduh, mereka dah start pakai seluar pendek yang atas dari peha. Ya Allah, kalau summer nanti entah apalah yang tinggal dibadan. Inipun dah start terangkan sikit-sikit pada Ayid tentang pemakaian seorang Muslim. Besides that, kedai aiskrim dah mula buka disana sini. Kedai makan pun dah letak kerusi meja di luar kedai. Wah, dunia kini telah mula berwarna warni. Last weekend we when to our first ‘jalan-jalan’ at the science tunnel. Very interesting but not suitable for kids below 7 la! Alhamdulillah, halfway thru the exhibition the kids are sleeping. Pameran ini tentang kajian yang dilakukan oleh saintis germany yang ditaja oleh Max-Planck-Gesellschaft. (http://www.mpg.de/english/portal/index.html) Nanotechnology in almost everything you could ever imagine. I’m fascinated dengan satu kajian dimana mereka hendak membuat data storage menggunakan membrane seperti membrane emas. Allahuakbar, best.
Then we when to the museum. This part memang memenatkan sebab Mujahid berlari ke sana sini, terlompat2. Kulis pun tidak ketinggalan hingga kami terpaksa buat pecahan tugasan. Ummi sibuk dengan Ayid, Abi sibuk dengan Kulis hingga gambarpun tak banyak yang diambil. Alhamdulillah, Mujahid menunjukkan minat dan boleh duduk diam sebentar mendengar penjelasan tentang sesuatu. Jenuh jugala nak bercerita padanya. Well, part yang paling lama adalah diruangan dinosaurs. Itupun kami cuma meninjau di aras satu. Tingkat 2 lain kali jelah, sebab anak-anak dah meragam lapar.. Alhamdulillah, hopefully lepas ini berpeluang tengok binatang hidup pula. Lagipun, zoo ditutup sepanjang winter.
Alhamdulillah, dah 4 bulan kami disini. Alhamdulillah, kerana everyone is adapting well. Yang paling lambat to adapt is me. How I wish to have my own sweet time…bak kata mama, pengorbanan seorang ibu membawa ke syurga. But, it’s not soooo bad being a fulltime housewive. Only you need to recharge your patients regularly. Ok, that’s all for now. Wish me luck guys… lupa nak cakap, spring is not in german. Belum sempat belajar, it’s furhling, springen or something...
- Ummi, 110408 3.58pm-

Friday, December 5, 2008

Strike Dan Basikal Buruk


Sabar punye sabar akhirnya strike telah berakhir . Ten days! Pemandu syarikat yang menguruskan bus dan urban telah mogok untuk sekian kalinya lagi.. Baru nak masuk 3 bulan kami disini, dah 2 kali mereka mogok. Alhamdulillah, pemandu S-bhan dan train tak mogok.. Yang penat, Abi la sebab kene ke ofis setiap hari. Jarak dari rumah nak ke terminal S-bhan, kira-kira 5km. Biasanya Abi akan naik bus atau urban ke terminal S-bhan untuk ke U. Well, we woke up that morning just to realize that everything was covered by snow. Ingatkan winter cuma tinggal seminggu dua.. Dari tingkap, sedih juga lihat Abi keluar berjalan kaki ke terminal S-bhan ketika snow sedang lebat turun dan angin kuat… Apapun, Alhamdulillah, seorang kawan telah bantu memberikan basikal lamanya kepada Abi. Rasanya di Malaysia basikal tua seperti itu cuma wujud di kampung-kampung.. Teringat pada Atos dan Savvy.. :P
Disebabkan strike ni juga, kami sekeluarga telah mencatat sejarah berlari dari rumah ke terminal S-bhan pada jam 4.30 pagi untuk kejar train ke Hamburg…
Anyway, banyak keadaan yang perlukan kita cepat berubah dan peka kepada keadaan. On part is the weather yang boleh berubah tiba-tiba. Dari snow yang lebat, tiba-tiba 10 pagi matahari bersinar dengan cerahnya. Wah, ingat suhunya OK, siap keluar bawa Ayid and Kulis beli groceries. (Ha, I berani keluar sendiri!) Rupanya udaranya lebih sejuk dari biasa hingga jari rasa macam nak putus. Sian Kulis sebab esoknya dia terus demam.. Semalam pun sama, kami semua keluar untuk simpan stok sebab jumaat hingga isnin cuti perayaan Ester. Sedang menunggu bas nak balik, tiba-tiba snow. Dingin bangat disini.
Another thing yang cepat berubah ialah waktu solat. Please refer to the table below :
5 Januari 2008
19 Mac 2008
Subuh
6.06 – 8.09 am
4.12 – 6.07 am
Zohor
12.10 pm
12.11 pm
Asar
1.45 pm
3.28 pm
Maghrib
4.11 pm
6.16 pm
Isya’
6.08 pm
8.04 pm
Rasanya, sebab siangnya dah makin panjang. Ketika mula sampai, pukul 3.30 petang hari dah gelap. Sekarang pulak, 6.00 pagi dah cerah. Kawan kata, masa summer nanti maghrib pada 10.00 malam. Aduh, puasa masih berbaki 3 hari untuk diganti..Kuatkan semangat! Banyak juga ilmu yg dipelajari dapat diamalkan disini.. Misalnya menjama’kan zohor dan asar kerana selang waktu yang sangat dekat (rujuk jadual 5 januari) kalau keluar rumah. Biasanya 2 marhalah baru kita jama’kan.. tapi keadaan disini berbeza. MasyaAllah, Islam itu sangat mudah diamalkan…
Tahniah kepada Ayah dan Mama atas kejayaan Salman mendapat 11 A1 dan 2 A2 dalam SPM tempoh hari... Kadatangan Salman untuk memeriahkan dunia Islam amat dinantikan!
- Ummi 190308-

Thursday, December 4, 2008

Adapting To The New World



…Before I begin this, rasanya lebih baik kami mohon maaf pada mama ayah sebab lama tak contact masa mula2 sampai di Berlin dulu. Memang teringat untuk call tapi keadaan benar-benar tidak mengizinkan. Sedih juga bila baca emel mama sebab risaukan kami. Siap bagi voice mail (tapi tak dpt dibuka). Oleh kerana kami merentasi masa, 7 jam kebelakang jadi hari yang tiba tu seolahnya baru bermula. We took ten days to adjust our biogycal clock (betul ke ni?). Pukul 4 petang sume dah tidur, pukul 3 pagi sume dah bangun makan. Hahaha.. terbalik jadinya. Jadi masa dapat call mama tu, kami rasa seolah baru bermula hari kedua. Lupa kat Malaysia sebenarnya dah masuk hari ketiga…
Anyway, this is the most waited news. Maaf kerana risaukan mama pasal Visa yg tamat pada 1 April ni. Banyak betul dokumen sokongan yang diperlukan. Dan salah satunya comfirmation letter dari univ yang diterima 2 minggu lepas. Cadangannya nak buat Isnin lepas (18/2), tapi pagi tu Mukhlis demam pulak. Jadi, Isnin baru ni (25/2) baru kami pergi. Kita merancang, dan Allah juga merancang, tetapi rancangan Allah jualah yang terbaik. Alhamdulillah, syukur tak terkata kerana dipermudahkan banyak urusan pada hari itu. Kawan2 byk cerita kene beratur panjang seawal pagi, kene berlari utk rebut nombor, kene tunggu lama, kene datang banyak kali, gambar tak ikut syarat, orang jaga kaunter tak pandai English, dan macam2 lagi. So let me tell you what happen on the 25th of February…
Pagi itu, Mujahid berjaya bangun jam 7 pagi tanpa merengek. Syukur sgt dia tidak mengamuk melihat kami dah hampir siap. 7.30 pagi kami sekeluarga mengharungi hujan utk ke tempat buat visa. Terlewat sikit dr janji yg telah dibuat dgn kawan yg tunjukkan kami ke tempat tu. Jalan>>Naik bas >> naik urban>>tukar urban lain>>jalan lagi… Anak2 dah basah kene hujan. Tapi Alhamdulillah, suhu tidaklah terlalu sejuk spt biasa, hanya 12 darjah :P. Kira-kira 8.15 kami tiba dan ditunjukkan ke tempat ambil nombor. Kehairanan juga kami masa tu, mana orang2 ramai yang beratur panjang nak rebut nombor ni? To cut the story short, Alhamdulillah..
1) Tanpa beratur, semua dokumen disemak dan diberikan nombor..
2) Cuma ada lebih kurang 7 orang dihadapan kami..
3) Separuh dari masa menunggu Mujahid dan Mukhlis tidur…
4) Puan jaga kaunter tu boleh cakap English
5) Isteri kawan yang temankan ke tempat tu datang tolong bawakan duit (kami bawa tak cukup)
6) dan Visa kami sekeluarga lulus utk dilanjutkan..
7) dan visa kami juga dapat pada hari yang sama!
By 10.30, kami dah bertolak pulang.. Praise to Allah, our Visa now is till 24/2/2010. (Boleh renew setiap 2 thn je). So Germany, we are now officially here for another 2 years insyaAllah!
- Ummi, 28/2/2008 -

Wednesday, December 3, 2008

The Not So Good And Absolutely Very Bad Things


Haaa... dengar part 2 macam best je duduk sinikan. Tambahan pula dgn bertambah mengarutnye Malaysia menjelang pilihanraya. Tapi, kalau datang setakat untuk holiday memangla best. Kalau nak tinggal lama-lama disini, NO lah!... So let me tell you a little about the not so good and absolutely very bad things here.. One thing, the usage of English language. They are proud using their language so their English is not so good, kadang tu apa yg dia nak sampaikanpun buat tergelak je.. Jadi, sape2 nak rasa dia pandai cakap English meh la datang Germany! Kamipun dalam proses utk belajar ni. Alhamdulillah, Abi punye class jerman dah mula. Walaupun the words are pronounce mengikut ejaan (not like English), but the hard part is the ABC’s are pronounce differently. As in ‘A’ disebut macam alif di atas = aaa. Huruf J dengan bunyi Y. W = V. Y = Obsilon… (tak tau nak eja) pening2. Selain tu, ada beberapa simbol tambahan dlm tulisan mrk. A bit confussing sebab kita punya ABC much like English. Mujahid bila dengar Abi baca ABC pun marah, dia kata salah! Dan nak sebut R punyelah susah, hanya mereka seperti Bay yg dpt sebut dgn tepat!! (abang rizza kata, Bay sesuai datang sini :P)
…Now, everyone knows what you see in TV’s now days kebanyakkannya tidak berfaedah, tidak menambahkan ilmu and so on. I’m in Germany now, so the challenges is much worst. There are about 30 TV channel’s (tidak termasuk kalau langgan Astro) with only one using English. Hahhaha.. The CNN of course! Every single thing is in Germany. Kalau kat TV9, cartoons are translated to Malays. But in Germany, bukan sahaja the character speaks in German, but the introduction song and very song yg dinyanyikan , the title.. For example, SpongeBob Shcammekoff, Bob Die BueMiester, Blau & Shclau, Kline Einsteins just to name a few. (note : sorry, ummi tak tau nak eja) The children programmes tak byk beza dgn Malaysia, so Alhamdulillah it helps to make Mujahid feels at home. Even Naruto speaks German :)
Itu masih boleh terima lagi la, tapi selain tu banyak rancangan yg TERAMAT SANGAT teruk sehingga tidak terbayang oleh kita. Tiada tamadun dan harga diri langsung. Nak tulispun sangat menjijikkan. Rancangan utk gay, lesbian dsb. Bahkan iklan mereka juga penuh dgn perkara yang rosak akhlak. Alhamdulillah, neighbourhood kami OK la juga. Kalau berjalan jauh sikit ke Bandar dekat dgn Universiti Abi, akan berjumpalah dgn budak2 muda yang pelbagai spesies. Not only the men & women kissing, but men with men. Nauzubillah… Ya Allah, syukur krn neighbourhood kami tidak seteruk itu dan anak2 tidak perlu bertembung dgn mereka…
Mujahid pula dah semakin banyak bertanya. Bila nampak sesuatu atau seseorang dia akan tanya, ‘Ummi, ni baik ke jahat’. Ada perkara yg mudah kita jawab, tapi byk juga yg tak tau nak jawab macammana. Kadangkala sesuatu tu bukanlah baik dan bukan juga jahat. So anybody, your advice please?
Ya Allah, berilah kami petunjuk dalam menanamkan iman dihati anak-anak kami… Ya Allah, jauhkanlah hati kami dari cenderung melihat perkara yang Engkau mungkari dan bantulah kami menghidupsuburkan iman dihati kami.. Wahai Tuhan yang memiliki hati, janganlah Engkau bolak-balikkan hati kami sesudah Engkau berikan petunjuk. Aminnn…
-Ummi, Jan 2008-

Tuesday, December 2, 2008

The Good Values Learned In Berlin

…The taxi dah sediakan special seat utk Aid and Kulis, and kalau tak duduk kat seat tu bila kene tahan, denda 40 euro setiap budak. Nangis jugala mereka sebab kat Malaysia boleh tak duduk kat carseat! Anyway, the driver even stopkan meter sebab ada tersalah masuk jalan! SubhanaAllah. Bila dah betul, meter ditekan semula. Tak pernah jumpa kat Malaysiakan!!

Our house is located kat Iraniche Street, and khusus utk student digelar ’Home Of Nations’. So our landlord is a company. House 2, apartment 103 di tingkat 4. Every 2 weeks cadar & towels boleh dihantar utk diganti dgn fresh new ones. Sewa rumah kami dikenakan lebih mengikut bilangan anak dan termasuk bil air dan elektrik. So buat masa ni 5++ Euro. Bil air dan elektrik dihantar statement setahun sekali. Jika penggunaan lebih dr kadar yg termasuk sewa, kenala bayar kat dia.. and jika kurang, duit akan dikembalikan. So, in a way ianya melatih kami sekeluarga utk berjimat. ialah, macammana nak agak bil untuk setahun! Alhamdulillah, a good lessen kan. And we even sort our trash. Alhamdulillah again, a good tarbiyah from Allah. Moga sikap ni diamalkan terus bila pulang nanti…

Rumah kami ada 2 bilik, 1 dapur, 1 toilet, 1 bathroom yang disambung dgn 1 hallway sebagai track mujahid berlari. Saiznya rasanya lebih kurang macam rumah pertama kami kat kuantan di Tmn Mahkota Aman. (Rmh kat Australia tu besar lagi rasanya..) Alhamdulillah, apartment kami telah dilengkapi dgn perabot asas dan pinggan mangkuk. Mulanya, risau juga sebab sewa tinggi berbanding kawan2 lain. Tetapi, setelah ziarah rumah mereka rasanya ada banyak baiknya juga. Credit goes to Abi, thanks kerana memahami!
1) kami ada 2 anak LELAKI yang sedang membesar,
2) ada seperated rooms, mudah kalau tetamu dtg,
3) I’m now a full time housewife, sempit sgtpun buat stress je!!! So, Alhamdulillah...

Alhamdulillah, our neigbourhood pun nice. Every time keluar akan terserempak dgn muslims. Maybe that’s why its called IRANische Street? Sekeliling kami, seniorewohnugvilege! Apartment for old folks yg well equipt..siap dgn poliklinik khas utk mereka. Org tua2 disini masih aktif. Walaupun mereka dgn 1 tongkat, 2 tongkat, tongkat beroda, kerusi roda tolak sendiri atau kerusi roda outomatik, mereka masih keluar shopping dan menjalani hidup biasa. Cume sian juga bila tengok mereka jalan bersendirian dan hanya ditemani anjing. Kanak2 tak ramai, sebab org jerman ni tak suka ada anak. Mereka lebih suka bela anjing. So, anjing memang byk...1001 jenis. But the dogs are well trained, berdisiplin dan dengar kata tuannya.

Selain tu, infrastuktur dan pengangkutan awam pun sesuai utk org tua, org2 handicap, org yg beranak kecik dgn stroler. Ruang pejalan kaki yang besar, ruang khas basikal.. Hahaha.. semuanya ‘a walking distance’. Tempat yg tak walking distance kat Malaysiapun akan jadi walking distance. Dulu kat Malaysia, nak pergi seven eleven depan rumahpun bawak kereta! Another sikap yg harus dikurangkan! Anyway, to end this part 2, berikut disenaraikan beberapa pengangkutan awam yg ada berhampiran, bus, taxi, tram, beberapa jenis urban (ala2 komuter tapi bawah tanah), dan keretapi laju-separa laju-tak laju.

...to be continued. InsyaAllah.

-Ummi, Jan 2008-

Monday, December 1, 2008

Our journey to Berlin


Alhamdulillah, the journey to Berlin went well. Flight bussiness class la katakan. Hand luggage kami punya la banyak.. hahaa.. but been taken care off by MAS. Flight naik MAS best, setiap seat ada TV. Depan kami pun ada TV. Kira strategik la seat kami dpt, selain dapat duduk bertiga, dekat pulak tu dgn toilet dan pramugari punye point. Makan wah..pelbagai. Dengan starternye sate, fruits dan main course yang boleh dipilih dari 4 jenis pilihan. Even kalau lapar bila2 boleh minta noodle dgn telur. Ayid and kulis each one dapat toy. Kulis seperti biasa tak nak duduk kat bassinet. Ummi dia la yang pegang. Syukur berjalan malam, so mereka tidur. Even waktu makan, oleh sebab pegang Kulis, beef steak Ummi kenala dipotongkan oleh stewardess. Hahaha…
Transit kat franfurt jelas terasa macam org asing. Wah, very busy airport. Terkial jugalah kami mencari tempat nak check-in semula. Kebanyakkan sign semua dlm german. Kira ikut gambar jelah.. Masa nak tukar flight tu, sekuriti punyela ketat. notebook kene bukak. Tali pinggang pun kene bukak! Apapun, Alhamdulillah semua barang2 lepas tambahan pula dgn keaktifan mujahid yang berlari dan memanjat ke sana sini bertambah peningla org yg check tu. Lama juga kene tunggu plane nak ke berlin. Wah, bertambah peningla kami dgn karenah mujahid. Berlari, berpusing, berlompat ke sana sini. Org2 putih yg besar2 pun nak dilanggarnya.. Ya Rabb, syukurla dapat dtg sekali. Kalau Abi pergi dulu, baru kami susul..what a nightmare!
Flight dr frankfurt ke berlin memakan masa lebih kurang sejam. Dari plane, lihat ke bawah semua putih macam sawah padi. First dlm hati, wah mereka ni tanam padi jugak ke.. semakin plane rendah, putih tadi rupanya SNOW. Everything was covered by snow..Sungai pun keras. MasyaAllah.
Tiba di Berlin airport, beg XXL kami kene punggah. Katanya 'you bring ciggerate?'. dan Alhamdulillah juga, masa tu giliran Kulis pulak buat hal mengamuk. dan sebab ramai lagi belakang kami, sekuriti tu kata OK. dah la Bakul pun mulanya nak diperiksa...
Alhamdulillah, tiba di berlin lebih kurang jam 2 petang dan telah ditunggu oleh 3 famili. SubhanAllah, sangat2la sejuk.. berkepul2 asap keluar dari mulut kami...Taxi yang disewa terus membawa kami ke rumah...

-Ummi, Jan 2008-

Related Posts with Thumbnails