Thursday, December 4, 2008

Adapting To The New World



…Before I begin this, rasanya lebih baik kami mohon maaf pada mama ayah sebab lama tak contact masa mula2 sampai di Berlin dulu. Memang teringat untuk call tapi keadaan benar-benar tidak mengizinkan. Sedih juga bila baca emel mama sebab risaukan kami. Siap bagi voice mail (tapi tak dpt dibuka). Oleh kerana kami merentasi masa, 7 jam kebelakang jadi hari yang tiba tu seolahnya baru bermula. We took ten days to adjust our biogycal clock (betul ke ni?). Pukul 4 petang sume dah tidur, pukul 3 pagi sume dah bangun makan. Hahaha.. terbalik jadinya. Jadi masa dapat call mama tu, kami rasa seolah baru bermula hari kedua. Lupa kat Malaysia sebenarnya dah masuk hari ketiga…
Anyway, this is the most waited news. Maaf kerana risaukan mama pasal Visa yg tamat pada 1 April ni. Banyak betul dokumen sokongan yang diperlukan. Dan salah satunya comfirmation letter dari univ yang diterima 2 minggu lepas. Cadangannya nak buat Isnin lepas (18/2), tapi pagi tu Mukhlis demam pulak. Jadi, Isnin baru ni (25/2) baru kami pergi. Kita merancang, dan Allah juga merancang, tetapi rancangan Allah jualah yang terbaik. Alhamdulillah, syukur tak terkata kerana dipermudahkan banyak urusan pada hari itu. Kawan2 byk cerita kene beratur panjang seawal pagi, kene berlari utk rebut nombor, kene tunggu lama, kene datang banyak kali, gambar tak ikut syarat, orang jaga kaunter tak pandai English, dan macam2 lagi. So let me tell you what happen on the 25th of February…
Pagi itu, Mujahid berjaya bangun jam 7 pagi tanpa merengek. Syukur sgt dia tidak mengamuk melihat kami dah hampir siap. 7.30 pagi kami sekeluarga mengharungi hujan utk ke tempat buat visa. Terlewat sikit dr janji yg telah dibuat dgn kawan yg tunjukkan kami ke tempat tu. Jalan>>Naik bas >> naik urban>>tukar urban lain>>jalan lagi… Anak2 dah basah kene hujan. Tapi Alhamdulillah, suhu tidaklah terlalu sejuk spt biasa, hanya 12 darjah :P. Kira-kira 8.15 kami tiba dan ditunjukkan ke tempat ambil nombor. Kehairanan juga kami masa tu, mana orang2 ramai yang beratur panjang nak rebut nombor ni? To cut the story short, Alhamdulillah..
1) Tanpa beratur, semua dokumen disemak dan diberikan nombor..
2) Cuma ada lebih kurang 7 orang dihadapan kami..
3) Separuh dari masa menunggu Mujahid dan Mukhlis tidur…
4) Puan jaga kaunter tu boleh cakap English
5) Isteri kawan yang temankan ke tempat tu datang tolong bawakan duit (kami bawa tak cukup)
6) dan Visa kami sekeluarga lulus utk dilanjutkan..
7) dan visa kami juga dapat pada hari yang sama!
By 10.30, kami dah bertolak pulang.. Praise to Allah, our Visa now is till 24/2/2010. (Boleh renew setiap 2 thn je). So Germany, we are now officially here for another 2 years insyaAllah!
- Ummi, 28/2/2008 -

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails