Monday, December 8, 2008

Catatan Perjalanan Pengiring Pemain Simpanan




Last two weeks, student-student Malaysia seluruh German menyertai program sukan ajuran pihak kedutaan (rasanyalah – i'm not sure). Dianggarkan ada lebih kurang 1000 orang student Malaysia di Germany. Tapi entahlah, tak rasapun macam 1000 orang sebab kat Berlin cuma ada 5 famili dan tiada student first degree tajaan JPA/Mara. Maybe betulla kot... Anyway, perjalanan ke Bandar Bremen memakan masa 6 jam dan perlu turun naik tukar train. Rasanya 4 train berbeza yang kami naik hari tu. Tetapi Sabtu itu, kami rekodkan 9 jam untuk sampai ke tempat penginapan (1.00 petang – 10.00 malam). Ditambah dengan 2 kali train berhenti lama sebab ada passenger yang sakit. Siap ada helicopter rescue mendarat di sebelah train untuk bawa passenger tersebut. Passenger train semua dah restless sebab kene tunggu lagi. But Mujahid seems to have a great time main lari-lari bersama anak kawan dan seorang budak turki. Well, kids sure know how to make themselves happy!
Di Bremen, kami dan 3 lagi family tumpang di rumah student JPA. Alhamdulillah, dinner was ready cook by them as we’re were all so very hungry and tired. Next day, kami tidak melepaskan peluang meronda-ronda sekitar Bandar Bremen, the famous historic city yang cantik! Mengikut lagendanya, Bremen diselamatkan dari perompak oleh sekumpulan haiwan tua yang lari ke Bremen untuk menjadi musicians. A donkey, a dog, a cat and a coak. Untuk cerita lanjut boleh layari http://www.bremen-tourism.de/english/bremen.cfm. Nanti tengoklah gambar yang kami ambil, sebab susah nak describe bangunan-bangunan lama yang cantik dan dipelihara rapi.
Early next day, kami bergegas ke Hannover untuk perlawanan bola sepak. Pasukan Berlin digabung dengan bandar mana I can't recall dan disertai dengan pemain import (budak-budak student Indonesia). Pasukan kami berjaya masuk semi-final walaupun kesudahannya Abi, pemain dengan jersey nombor 16 tak mainpun! Dia dapat jawatan baru sebagai camera man . Kami bertolak ke Bahnhof untuk pulang ke Berlin pada jam 8.00 malam. Setibanya di Bahnhof, diumumkan SEMUA jadual speed train pada malam itu delayed for an hour. Apapun, Alhamdulillah perjalanan pulang mengambil masa 2 jam. So that was our first family backpack journey at Germany. Back home we have two cars but here we have a stroller kerusi dua (depan dan belakang) yang dibeli dari eBay… Back home, kalau nak pergi holiday masuk kereta, keluar kereta, masuk bilik hotel, mandi swimming pool, makan buffet… It’s very different now, and well your feet is fully utilizes. Alhamdulillah, a great experience to make you stronger in life.
- Ummi, 220508 3.38pm -

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails