Tuesday, December 9, 2008

Happy 4th Birthday To Ahmad Mujahid!



There’s so much to tell about Mujahid. Well, everyone knows how my first son is like. There are times went you fell so upset when someone compares him with budak ‘kebanyakkan’ yang nampak baik je. Yes, Mujahid is perfectly normal with SOOO MUCH energy hingga orang kategorikan sebagai budak nakal. Mungkin mereka tidak bermaksud begitu, tapi bagi seorang ibu kata-kata itu sangat menyakitkan hati. The first time kami bawa ke kelas mengaji anak-anak, dia berlari ke sana sini sambil buka tutup suiz lampu ketika sesi solat bersama anak-anak.
“Kamu tidak mau ngaji ye, kita tinggal aja dia, dia hanya pandai main”
“Anak-anak yang lebih kecilpun pandai solat, tidak macam kamu”
Rasa macam nak lari saja dari tempat itu, tetapi digagahi jua hati. Aku bukan pengecut, dan aku tidak akan kalah kepada kata-kata orang! Senyum sahajalah. Mereka hanya pandai menyindir. Mengapa tidak berani kata kepadaku bahawa aku tidak pandai menjaga anak. Ini jawapan yang telah lamaku sediakan, “Ibu, kalau ajar anak-anak biasa ini, ibu akan dapat satu pahala. Tapi kalau ibu berjaya didik anak seperti anak saya, Tuhan ganjari 10 kali ganda”. Besar cabaran dalam membesarkan anak yang aktif. Dan pastinya Allah hanya anugerahkan buat mereka yang mampu! Alhamdulillah, kupunya mama tempat rujukan yang hebat..
Dalam usia 4 tahun, Mujahid masih kurang matang, masih berlari dihadapan orang solat. Alhamdulillah, prestasinya makin baik apabila sekarang dia masih lalu dihadapan, tetapi helahnya tidak pijak sejadah! Ini belum cerita bagaimana untuk mengajarnya menulis, mengaji, solat. Untuk menyiapkan satu baris latihan menyambung titik-titik pun, dia mengambil masa satu jam. Bagi budak biasa, ditambah jika dia seorang budak perempuan, latihan itu mampu disiapkan kurang dari beberapa minit. Buat satu, makan, buat satu, pensil jadi kapal terbang, buat satu, keliling buku dilukis hotwhells track..dan pelbagai lagi. Mulanya memang menghampakan, tapi Abi selalu pesan jangan bandingkan dia dengan anak orang lain. Ya, sekarang hanya bagi kertas putih untuk melukis. MasyaAllah, sejujurnya dia anak yang kreatif dan pandai. Mungkin kita akan buat ‘rumah’ biasa dengan LEGO, tapi bukan Ayid. Dia membina spaceship, aeroplane, helicopter, kapal batman, dan pelbagai lagi.. Alhamdulillah, sejak guna buku ngaji kaedah Asy-Syaathir yang mama bagi, Ayid dah boleh baca huruf yang disambung, dan bukan lagi setakat hafal alif ba ta. Ya Allah, bayangkan betapa perlunya sabar untuk ajar dia yang nak duduk diam 5 minit pun susah!
Alhamdulillah, dah sebulan Ayid di kindergarden (KITA) walaupun kehadirannya bulan Mei cuma 11/19. Kaedah pembelajaran disini agak berbeza bagi anak seusia Ayid diberi aktiviti untuk stimulate pelbagai kemahiran tanpa terikat kepada buku membaca, menulis, mengira. Kadar yuran adalah sebanyak 53€ setiap 3 bulan termasuk lunch & teatime, baki 477€ dibiayai oleh Kerajaan German!! Ayid diletakkan dibawah pengawasan Cikgu Jens, seorang guru lelaki! Siapa pernah jumpa cikgu tadika lelaki kat Malaysia? 2 minggu sebelum Ayid officially di KITA adalah sesi penyesuaian dimana ibu/bapa perlu bersama anak dalam SETIAP aktiviti bermula pagi hingga lunchtime. Apabila anak telah menunjukkan peningkatan, ibu/bapa perlu berada di ruang menunggu untuk jangka masa yang sama. Hanya apabila guru-guru disitu memberikan greenlight, barulah kita boleh tinggal terus anak sepenuh masa. Masa datang dan balik tidak terikat dengan maksimum sehari 7 jam. Nak masuk KITApun kene buat medical checkup dulu… Ini belum kalau anak sakit teruk di KITA, kita kene tunjuk surat pengesahan doctor menunjukkan anak kita telah diperiksa. Leceh juga!
Apapun, to add the challanges Ayid has a younger brother that follow the things he does! Happy 4th birthday to our dear son, Mujahid. Pohon doa semua agar dia menjadi anak soleh dan musleh. Juga doakan kami punya kesabaran untuk mengasuhnya…
- Ummi, 030608 3.21pm -

1 comment:

  1. ALhamdulillah!! Mujahid bakal jadi anak yg baik!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails