Sunday, December 7, 2008

Kisah Si Pokok Pain


Catatan ringkas ini ditujukan istimewa buat bonda dan ayahanda tercinta sempana ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 30 hari ini! Moga cinta kalian teguh berdiri dalam rahmat dan lindungan Rabbul Jalil…
Sebatang pokok pain dihadapan rumah sering menjadi tatapan. Namun hari ini baru dapat memahami apa yang cuba diceritakannya. “Kau harus teguh berdiri…” Itulah pesanan si pokok pain. Semasa winter, semua pokok-pokok lain disekeliling kehilangan serinya. Yang tinggal cuma dahan dan ranting. Ditambah dengan cuaca yang suram dan malam yang sungguh panjang (3.30 petang hingga 8.00 pagi). Tetapi pokok pain tetap hijau. Tetapi sekarang keadaan sudah berubah. Pokok-pokok semuanya bersaing menunjukkan kecantikan masing-masing. Daun-daun telah kembali dengan pelbagai warna. SubhanaAllah… dan si pokok pain tetap dengan hijau yang sama. Bahkan kecantikannya kian terlindung oleh pokok-pokok lain….
Dari satu sudut, begitulah yang dialami. Semasa winter, aku dengan jilbab dan berbaju besar…dan sekarang juga sama, dengan jilbab dan berbaju besar. Sedangkan inilah musim bermulanya wanita bersaing menunjukkan kecantikan masing-masing. Namun, ku harus teguh berdiri seperti si pokok pain. Jauh di sudut hati, adakah suamiku akan melihat aku cantik walaupun terlindung dengan kecantikan lain. Inilah masanya untuk pegang erat pesanan Tuhanku, “..Kamu tidak seperti wanita–wanita lain, jika kamu bertaqwa” (Q 33:32).
Atau dari dimensi berbeza, hidup ini penuh cabaran. Ada orang yang kelihatannya sentiasa senang dan berjaya seperti di pokok pain. Ada pula orang yang perlu bertarung untuk senang dan berjaya. Bahkan tatkala kita berjaya setelah mengharungi pelbagai dugaan, maka kecantikannya lebih terserlah. Lebih cantik seperti indahnya pokok-pokok lain sekarang berbanding si pokok pain. Bukankah “the sharp cut of the chisel gave the marble grace and form…”
Apapun, terima kasih si pokok pain atas peringatannya. Kau memang hebat dariku kerana kau sentiasa mentaa’ti Tuhanmu.. Moga kau terus teguh berdiri hingga saat dijemput pulang… Coretan ini ditulis sedang sekarang Abi sedang bergelut dengan cabaran pertamanya dalam PHD, Mujahid dengan pelbagai karenah untuk dapat perhatian, Mukhlis sedang demam dan muntah-muntah… dan aku harus teguh berdiri untuk mereka.
La Haula Wa La Quwata Illah Billah. Sesunggahnya tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah…
- Ummi, 290408 9.40pm -

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails