Friday, December 5, 2008

Strike Dan Basikal Buruk


Sabar punye sabar akhirnya strike telah berakhir . Ten days! Pemandu syarikat yang menguruskan bus dan urban telah mogok untuk sekian kalinya lagi.. Baru nak masuk 3 bulan kami disini, dah 2 kali mereka mogok. Alhamdulillah, pemandu S-bhan dan train tak mogok.. Yang penat, Abi la sebab kene ke ofis setiap hari. Jarak dari rumah nak ke terminal S-bhan, kira-kira 5km. Biasanya Abi akan naik bus atau urban ke terminal S-bhan untuk ke U. Well, we woke up that morning just to realize that everything was covered by snow. Ingatkan winter cuma tinggal seminggu dua.. Dari tingkap, sedih juga lihat Abi keluar berjalan kaki ke terminal S-bhan ketika snow sedang lebat turun dan angin kuat… Apapun, Alhamdulillah, seorang kawan telah bantu memberikan basikal lamanya kepada Abi. Rasanya di Malaysia basikal tua seperti itu cuma wujud di kampung-kampung.. Teringat pada Atos dan Savvy.. :P
Disebabkan strike ni juga, kami sekeluarga telah mencatat sejarah berlari dari rumah ke terminal S-bhan pada jam 4.30 pagi untuk kejar train ke Hamburg…
Anyway, banyak keadaan yang perlukan kita cepat berubah dan peka kepada keadaan. On part is the weather yang boleh berubah tiba-tiba. Dari snow yang lebat, tiba-tiba 10 pagi matahari bersinar dengan cerahnya. Wah, ingat suhunya OK, siap keluar bawa Ayid and Kulis beli groceries. (Ha, I berani keluar sendiri!) Rupanya udaranya lebih sejuk dari biasa hingga jari rasa macam nak putus. Sian Kulis sebab esoknya dia terus demam.. Semalam pun sama, kami semua keluar untuk simpan stok sebab jumaat hingga isnin cuti perayaan Ester. Sedang menunggu bas nak balik, tiba-tiba snow. Dingin bangat disini.
Another thing yang cepat berubah ialah waktu solat. Please refer to the table below :
5 Januari 2008
19 Mac 2008
Subuh
6.06 – 8.09 am
4.12 – 6.07 am
Zohor
12.10 pm
12.11 pm
Asar
1.45 pm
3.28 pm
Maghrib
4.11 pm
6.16 pm
Isya’
6.08 pm
8.04 pm
Rasanya, sebab siangnya dah makin panjang. Ketika mula sampai, pukul 3.30 petang hari dah gelap. Sekarang pulak, 6.00 pagi dah cerah. Kawan kata, masa summer nanti maghrib pada 10.00 malam. Aduh, puasa masih berbaki 3 hari untuk diganti..Kuatkan semangat! Banyak juga ilmu yg dipelajari dapat diamalkan disini.. Misalnya menjama’kan zohor dan asar kerana selang waktu yang sangat dekat (rujuk jadual 5 januari) kalau keluar rumah. Biasanya 2 marhalah baru kita jama’kan.. tapi keadaan disini berbeza. MasyaAllah, Islam itu sangat mudah diamalkan…
Tahniah kepada Ayah dan Mama atas kejayaan Salman mendapat 11 A1 dan 2 A2 dalam SPM tempoh hari... Kadatangan Salman untuk memeriahkan dunia Islam amat dinantikan!
- Ummi 190308-

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails