Friday, September 4, 2009

Chocolate Cake EmyFidaMar

Chocolate cake untuk dinner di rumah Kak Ami

Chocolate cake untuk birthday Mukhlis

Bulan Mac lalu, kawan Ummi yang dikenali oleh Mujahid sebagai Ibu, iaitu Fida a.k.a Supermum pulang ke Malaysia. Fidalah antara orang yang memutikkan semangat Ummi untuk belajar membuat kek dek melihat dan merasai kek Fida yang pelbagai versi. Sekarang beberapa hari lagi, seorang lagi kawan Ummi iaitu Emy akan balik Malaysia juga. Alhamdulillah, masing-masing pulang dengan bangga dan syukur atas kejayaan suami masing-masing. Disebalik segulung ijazah yang diterima oleh sang suami, kami surirumah yang setia menemani ini juga tidak kurang hebatnya belajar itu ini. Tanpa menafikan susah senang di perantauan, jauh dari keluarga dan sahabat terdekat, jauh dari kebiasaan dan kesenangan, telah banyak mengajar kami ilmu dan pengalaman, cinta dan persahabatan, juga survival untuk hidup. Buat Ibu Jannah dan Ummi Irschad, terima kasih atas persahabatan ini. Moga ianya kekal terjalin dalam rahmat Allah dan manis bak chocolate cake yang pernah sama-sama kita buat. ^_^

Resepi ini diberikan oleh Emy yang dapat dari kawannya. Dikongsikan pula resepi Kek Coklat yang mudah dibuat ini, tambah lagi oleh orang-orang 'baru' seperti kami :

BAHAN A
1 3/4 cawan tepung gandum
2 cawan gula kastor (tak de, pakai gula pasir pun lepas)
3/4 cawan sebuk koko

1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

BAHAN B
1 cawan minyak masak

1 cawan air
1 cawan susu segar
2 biji telur

Cara-caranya :

1) campurkan bahan A dan kacau
2) masukkan bahan B satu per satu dan kacau lagi
3) kacau je semua tu dengan sudu menggunakan tangan, tak perlu guna mixerpun!
4) kacau lagi sampai rata dan tiada yang berketul..

5) sambil-sambil tu, jangan lupa preheat oven
6) masukkan adunan kek, masak pada suhu 180 degree, lebih kurang 45 minit

7) dah dekat-dekat 45 minit, test cucuk tengok dah masak belum

BAHAN UNTUK TOPPING
butter

serbuk koko
susu pekat manis

Cara-caranya :
1) cairkan sedikit butter dalam periuk dan selepas cair, tutup api
2) masukkan serbuk koko dan susu
3) kacau hingga likat, jika tidak likat lagi tambah susu pekat, jika manis sangat, tambah serbuk koko, jika pekat sangat, tambah butter..
4) kacau, kacau sampai pekat
5) letak atas kek dan taburkan chocolate rice ke, grated chocolate bar ke, havelnuts ke..


Siap untuk dimakan! hmmm, lecker...

* notes :
- sebab ini resepi survival, tiada sukatan2 digunakan. Tetapi untuk cawan, kalau dah guna satu cawan, gunakan cawan yang sama untuk sukatan semua bahan. Jangan tukar tukar cawan berlainan saiz pulak!
- kalau tidak mahu buat topping pun tak mengapa, tetapi dari pengalaman Ummi topping ni yang membantu melajukan orang makan. yumm, yumm

Untuk mengakhiri catatan kali ini, mari kita nyanyikan nursery ryhme dari deutschland ini. Ala-ala "pat a cake, pat a cake, bake me a cake as fast as you can". Kalau tidak tahu, boleh belajar dari Mujahid & Mukhlis. ^_^

"Backe, backe Kuchen. Der B├Ącker hat gerufen.
Wer will guten Kuchen backen,
der muss haben sieben Sachen.
Eier und Salz, Butter und Schmalz, Milch und Mehl,
Safran macht den Kuchen gehl.
Schieb in den Ofen rein"

-Ummi, 4 Sept 2009-

8 comments:

  1. salam kak mar..
    sedapnyeee tgk kek tu!
    nak jugakk.. :D

    saya penah wat gak gune resepi camni..
    sgt senang, kan?

    saya balik bercuti raya ke malaysia esok.
    kalo ade pape nk kirim dr msia, bgtau je.
    kalo beg lom pnuh insyaAllah sy tulun bwkkan. :-)

    selamat berposa & salam aidilfitri in advance! :D

    ReplyDelete
  2. ha... balik lagi Jannah? bukan hari tu baru balik ke? ni jeles ni.... nak kirim? bukan Jannah jauh ke dari Kak Mar? macam2 karang kalau kasi can akak kirim :)

    ReplyDelete
  3. kak, nak tny... masa bake tu wrap dgn alu-folie ke? serbuk koko tu, boleh tak guna kakao trink punya serbuk tu je.. malas lah pulak nak beli serbuk koko khas utk masak kek.... pastu boleh tak kalau tak letak soda bikarbonat dan baking powder.. (ade je yg jadi bingka kang :D)

    ReplyDelete
  4. Zinn, masak macam biasa letak dlm bekas pembakar, tak pakai alu-folie.. dlm gambar tu ada sebab dan dikeluarkan dr bekas utk mudahkan cikgu mukhlis keluarkan kek. :) kalau pakai kakao trink tu tak berapa nak jadi sebab dia dan ada gula, memang kena pakai sebuk koko. akak dah try, rasapun tak berapa kick! Tapi kalau tak nak letak soda n baking powder tu, tak taulah sebab tak pernah tak letak. :D selamat mencuba...

    ReplyDelete
  5. mar,
    maria dah cuba resepi mar...sedap,hubby n anak2 pun puji,'kek ibu sedap'...heheheh
    thanks mar,kongsi resepi...

    ReplyDelete
  6. mar,
    maria dah cuba resepi mar..sedap..
    hubby n anak2 pun ckp..'kek ibu sedap'...heheheh
    thanks mar,kongsi resepi..

    ReplyDelete
  7. :D Alhamdulillah, seronok dengar.. resepi ni mudah dan cepat kan Maria :)

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum kak marr.....harini saya bukak blog akak n tengok resepi ni! dah lama sgt x buat so dah lupa..jzkk kak mar sbb mengabadikan friendship recipe kita ni kat sni :D
    miss u so much!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails