Tuesday, September 15, 2009

Salam Aidilfitri dari Berlin



Dikesempatan ini, kami seisi keluarga Baitul SMR mengucapkan Salam Aidilfitri buat ayah, mama, adik-beradik, saudara-mara, jiran tetangga, sahabat dekat dan jauh yang sangat kami cintai. Maaf zahir dan batin atas segala salah silap terkasar bahasa perilaku yang tak indah dimata.. Andai benar ini Ramadhan terakhir buat kami, maafkan dan ikhlaskan semua kesilapan kami. Banyak nikmat kurniaanNya untuk kita syukuri... Namun, kemuncak kegembiraan hari ini adalah khabar pembebasan suami Cikgu Norlaila dari menjadi mangsa tahanan tanpa bicara! AllahuAkbar! Entri lepas boleh dibaca disini : ISA.

Kami dendangkan lagu ini buat semua...






Selamat Berpuasa 6 di bulan Syawal semua..
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun.” (Hadis Riwayat Muslim)

Muhassabah Ramadhan : Kepompong Ramadhan
"Fasting is like a pupa that transforms a disgusting worm into a beautiful butterfly.
On this Eidulfitr, I wish you are the butterfly. Eid Mubarak to all..."

...lets sprint to the finishing line!

Salam dari Berlin,
Mohamad Rizza,
Mardhiyah,
Ahmad Mujahid,
Ahmad Mukhlis,
Khaulah Sofiyah

-26 Ramadhan 1430H-

2 comments:

  1. Alhamdulillah Mar.. kita semakin mendekati Syawal dan semakin meninggalkan Ramadhan.. hati kak Nur sayu untuk meninggalkan Ramadhan sebenarnya.. sebab tak banyak yang dapat kak Nur lakukan pada Ramadhan kali ini.. KakNur suka membaca dan melihat kebahagiaan Mar disana.. walaupun mar jauh diperantauan, tapi rasa dekat je di hati ini...
    Salam Aidilfitri Mar.. Maaf zahir & Batin..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih ingatannya Kak Nur. Selamat berhari raya dengan keluarga tercinta. Salam sayang dari kami buat akak sekeluarga. :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails