Monday, October 12, 2009

Perbandingan Cinta....

Jika ada orang bertanya, 'Aku mencintaimu seperti.... cintaku seperti apa....' dan diberi masa untuk menuliskannya apa yang akan anda tulis?

Edisiku begini....

'Aku mencintaimu seperti.... cintaku seperti apa.... Hmmm... puas ku memikirkan apakah perumpamaan cinta. Pernah ku dengar orang umpamakan cinta seperti durian. Duri diluar, payah dibuka namun akhirnya nanti mambuahkan halwa di mulut. Ada juga yang membuat perumpamaan seperti tomato. Tomato yang diblendar bersama cili dan belacan pasti enak.... Ada benarnya juga perumpamaan-perumpamaan seperti itu.

Terfikir juga dalam fikiranku untuk menggambarkan cinta seperti paku dan kayu. Cocok kedua-duanya. 'Made for each other' orang kata. Tapi bila difikirkan lagi, paku itu keras dan kayu juga keras. Menerusi pengamatanku dan pengalaman peribadi, persamaan begini jarang ada pada pasangan suami isteri. Ramai yang ku lihat suaminya kasar isterinya lembut, atau sebaliknya isterinya garang suaminya lembut, suaminya penyerabut isterinya pengemas, suaminya the beast isterinya the beauty. Begitulah seterusnya, umpama ying dan yang.

Lantas cinta itu umpama apa??? Cinta itu buta, cinta pandang pertama, cinta sekilas pandang, cinta monyet... atau apa???

Akhirnya aku menyerah. Tiada perumpaan untuk menggambarkan cinta. Keindahan perasaan cinta hanya boleh digambarkan oleh pencinta itu sendiri. Tiada kata-kata atau bait-bait puitis sebuah puisi yang mampu menggambarkan perasaan cinta seseorang. Namun begitu, cinta yang paling agung dan indah ialah CINTA SEORANG HAMBA KEPADA TUHANNYA.... itulah cinta hakiki dan abadi.... jadi adakah cinta itu seperti durian, seperti tomato bersama cili dan belacan, seperti paku dan kayu.... hanya orang yang bercinta bisa menjawabnya.....

Abu Mujahid



2 comments:

  1. CINTA sebagai fitrah.. namun cinta yanga tidak beserta hidayah maka ianya terdorong kepada fitnah.. tp cinta yang bersamanya hidayah.. maka ianya menjadi anugerah yang tidak terhingga akan nikmatnya...

    ReplyDelete
  2. Sweet.. Ya, hanya orang yang bercinta saja yang boleh menjawabnya.. dan selalunya pun bukan dengan kata-kata, tapi dengan bahasa tubuh.

    Salam Mar... Jauh sungguh merantau!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails