Tuesday, November 17, 2009

Kisah Gigi

Kisah 1

Mujahid dengan botol susunya bagai isi dengan kuku. Ke mana pergi mesti nak dibawa. Kalau dia sedih, nak tidur, atau takut, maka botol susunyalah sebagai 'comfort'. Anak sulung Ummi ini sampai masuk kindergarden, masih mencari botol susunya setiap kali pulang. Akibatnya gigi Aid, terutama bahagian depan rosak dan kerana selalu 'kemam' botol susu. Kadang orang tanya, 'Mujahid makan batu ke gigi sampai haus macam tu?'. Hehehe.. bukan makan batu, tapi kemam botol susu! Hendak dijadikan cerita, akhirnya 2 bulan selepas hari lahirnya yang ke-4, giginya semakin sakit sehingga sukar untuk makan dan lidahnya dijangkiti kulat susu. Alhamdulillah, kesan dari itu Mujahid berjaya 'putus' dari botol susunya dalam tempoh beberapa hari. Sesiapapun akan kasihan melihat Mujahid termenung sana, termenung sini seperti orang putus cinta!

Setelah pemeriksaan dengan dentist dibuat, dia memberikan tarikh khas untuk minor surgeri membuang 4 batang gigi Mujahid secara serentak. 3 gigi dihadapan atas dan satu geraham bawah. Operasi ini memerlukan bukan sahaja doktor gigi tetapi juga doktor anestetik khas untuk kanak-kanak. Bayaran perkhidmatan ini dilindungi oleh pihak insurans tetapi hanya bayaran 'ubat tidur' sahaja yang kami harus bayar sendiri, iaitu sebanyak 70€. Sejam selepas operasi kami harus menunggu di klinik kerana Mujahid masih dalam pengawasan doktor. Kata doktor, kesan dari ubat tidur yang diberi dan Mujahid yang masih kecil, maka dia akan mengalami dua keadaan iaitu tidur berpanjangan dan halunisasi semacam meracau. Memang menakutkan juga melihat keadaan Mujahid yang antara sedar dan tidak, menangis dan meracau. Puas kami membacakan ayat-ayat Al-Quran dan sebagainya. Selepas tempoh sejam dan meracaunya semakin berkurang, kami dibenarkan pulang. Tengahari itu hingga ke malam Mujahid tidur longlai di sofa. Alhamdulillah, Mujahid kembali normal dan pemeriksaan doktor keesokkan harinya juga baik. Tiada pendarahan, tiada lagi halunisasi, tiada pembengkakkan. So, dari Julai 2008 hingga hari ni senyuman Mujahid tanpa gigi dihadapan!

Ok, jangan lupa gosok gigi Mujahid.

Kisah 2
Khaulah, anak ke 3 Ummi ni baru usia 10 bulan 2 minggu. Giginya? Itulah,  cubalah tengok. Sekarang Khaulah mempunyai 3 batang gigi di atas dan 4 batang gigi dibawah. Memang kadar pertumbuhan gigi setiap anak itu berbeza tapi kalau cepat sangat tak perlu bawa jumpa doktor ke? Risau makin cepat gigi susu keluar, makin cepat pulak hilangnya! Senyuman Khaulah memang menawan, tapi kalau hilang menawan lagi tak?
Jenis gigi
Masa petumbuhan
Masa tanggal
Atas :
Kacip Pertama
Kacip Kedua
Taring
Geraham Pertama
Geraham Kedua

7 bulan
9 bulan
18 bulan
14 bulan
24 bulan

6 tahun
7 - 8 tahun
12 - 14 tahun
11 - 12 tahun
12 - 14 tahun
Bawah :
Kacip Pertama
Kacip Kedua
Taring
Geraham Pertama
Geraham Kedua

6 bulan
7 bulan
16 bulan
12 bulan
20 bulan

6 tahun
7 tahun
9 - 10 tahun
10 - 12 tahun
11 - 12 tahun
Nota : Masa pertumbuhan lebih atau kurang 6 bulan dari masa yang dinyatakan di atas, dikira normal. (Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia)

Ok, jangan lupa gosok gigi Khaulah.

Kisah 3
Beberapa minggu lalu, Abi membawa pulang Toffee Apple. Wah, dan paling gembira Ummilah sebab suka betul makan Toffee Apple ni. Tahun lepas sekali, tahun ni sekali. Abi kata tak boleh selalu, nanti gigi rosak. Yelah, yelah, tapi kalau beli untuk Ummi sahaja tak boleh ke, Ummi makan sorok-sorok la. Ada setengah tempat, dipanggil Candy Apple, tapi Ummi lebih suka panggil Toffee Apple sebab masa kecil-kecil dahulu ada lagu anak-anak tentang Toffee Apple ni. Liriknya dah lupa kecuali rangkap terakhir iaitu '..and dont forget to brush your teeth!'.

Toffee Apple adalah sebiji penuh epal yang disalut dengan gula keras dan dicucuk lidi untuk mudah dipegang. Biasanya gula ini diberikan pewarna merah. Di beberapa tempat ada juga dijual dengan variasi lain seperti disalut caramel, taffy atau chocolate. Ianya biasa didapati sebagai sajian istimewa di musim luruh walaupun budaya di German lebih mengaitkannya dengan sambutan Krismas. Kalau di Malaysia biasa dijual di karnival atau fun-fair. Tahukah kita bahawa pencipta Toffee Apple ini ialah William W. Kolb pada tahun 1908! Tetapi masyarakat China lebih kreatif lagi. Mereka juga mempunya budaya seperti ini tetapi menggunakan limau mandarin, strawberry, blueberry, nanas. buah kiwi, pisang atau anggur yang dicucuk pada lidi seperti sate. Oh ya, dan semua buah itu disalut gula dan dikenali sebagai Tanghulu. Hmmm, dapat tak mengalahkan rasa Toffee Apple kesukaan Ummi ni?

Ok, jangan lupa gosok gigi semua, terutama Ummi!

- Ummi, 17 Nov 2009-

2 comments:

  1. assalamualaikum,
    Peristiwa yg Mujahid lalui tlh pun dilalui oleh umminya lebih kurang 25 tahun yg lalu. Cuma lokasinya berlainan. Ummi kena cabut gigi depan dan kene bius dgn anaeastethic di hospital Leeds, England. Tapi nenek tak ingat part meracau tu, ummi hanya tido je. Ummi x hisap botol langsung tapi minum ribena (manis lah tu) dalam trainer cup menyebbkan semua gigi depan rosak!!
    ikut nasihat dr gigi:selalu berus gigi.jgn minum air manis
    nenek

    ReplyDelete
  2. hehe...
    nenek, gigi mak uda pulak dulu mcm mane??

    apepun, bdk kecik perlu dipantau setiap kali memberus gigi sampailah umurnya 9 thn. sebab diorang selalu mengelat...x gosok gigi bhgn dalam dan terlupa gosok di side of handedness (i.e pgg berus gigi dgn tgn kanan, lupa nak gosok gigi belah kiri)

    tp paham je, scr praktikalnya, bukan mudah utk memantau setiap anak time gosok gigi! byk lg keje utk diuruskn...hehe
    smg berjaya

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails