Thursday, December 24, 2009

Nikmatnya Mandi!

Siapa tak suka mandi? Kita semua sudah terlalu biasa dengan mandi, hingga kita terlupa dalam mandi itu ada nikmatnya. Pemberian Allah buat hambaNya. Kalau di Malaysia, lumrah kita mandi 2 kali sehari, kadang 3 kali sehari dek panas dan berpeluh-peluh. Di German, terutama waktu winter jadual mandi memang berubah. Hingga kalau anak-anak ini, acara mandi secara rasmi adalah pada hari Sabtu atau dikenali Hari Bersih-Bersih. Memang liat mereka kalau disuruh mandi, bayangkanlah tengahari buta tapi suhunya minus 14! Jadi memang Ummi tidak mendesak anak-anak untuk mandi setiap hari di musim winter. Ummi memang suka Hari Bersih-Bersih ni, sebab semuanya akan gotong royong kemas rumah, cuci tandas dan lainnya.  Dapatlah Ummi goyang kaki sikit. ^_^

Tapi, suatu yang menyentuh hati Ummi, adalah pengalaman hari-hari pertama anak selepas dilahirkan. Abi-lah yang akan memandikan anak-anak sehingga tali pusat tercabut kerana Ummi yang penakut. Mujahid, Mukhlis dan Khaulah. Semuanya dimandikan Abi. Begitu teliti dan penuh hati-hati. Semua telah bersih dan wangi, baru masuk giliran Ummi. Mungkin sebab itu, anak-anak paling suka kalau dimandikan Abi berbanding Ummi. 

Catatan Ummi kali ini adalah untuk berkongsi pedoman dengan anak-anak Ummi terutama Khaulah. Rahsia seorang ibu! Inilah pesanan Mama Ummi buat Ummi, katanya  mandi adalah suatu masa luxury seorang ibu. Pada mandi itu, ada rahmat Allah di dalamnya. Mulanya Ummi kurang memahami apa yang dimaksudkan mama. Namun setelah tahun demi tahun berlalu, dan anak-anak Ummi sekarang 3 orang, Ummi membenarkan kata-kata mama itu. Mandi itu bukan lagi rutin biasa tetapi dirasakan sebagai ibadah. Sebagai get-away seorang ibu. Dalam meniti kehidupan seorang surirumah sepenuh masa, Allah telah memberikan pengalaman berharga... Bahawa dalam mandi itu ada kasih sayangNya! Dalam mandi itu ada rahmatNya! Menjadi seorang ibu sangat memenatkan, bahkan tidak terucap dengan kata-kata. Tiada masa masuk, tiada masa keluar. Tiada cuti rehat, tiada cuti sakit. Tambah lagi, kalau anak masih menyusu badan memang tidak boleh berenggang sama sekali. Bila melihat ke dalam cermin, yang dilihat adalah anak dan bukan lagi diri sendiri. Namun, Allah yang Maha Penyayang telah memberikan hadiah buat ibu dimana jua.. Nikmatnya sebuah Mandi.

Masa mandi seorang ibu itu adalah suatu yang amat bernilai. Ketika itulah dia dapat seketika bersendirian, melakukan sesuatu untuk dirinya, sebuah masa yang luxury. Hatinya berdoa dan merintih, fikirannya terasa lapang dan damai... setiap butir air yang jatuh membasahi bagaikan rahmat Ilahi. Penat dan lelah meluncur pergi bersama air. Sambil hati berlagu memohon dan mengharap pada Sang Pencipta, mudahan diberikan kekuatan dan dibuangkan kelesuan untuk terus berbakti. Berbakti pada suaminya, berbakti pada anak-anaknya, berbakti pada keluarganya, berbakti pada tetangganya, berbakti pada masyarakatnya, dan dalam pada itu tidak dikurang sedikitpun amanahnya sebagai hamba pada Yang Esa. Kajian saintifik di tahun-tahun terakhir ini jelas membuktikan bahawa mandi itu bukan sahaja bertujuan untuk membersihkan diri dari kotoran, malah mampu menjauhkan stress dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh. SubhanaAllah! Hebatnya agama kita kerana dari kecil kita diajarkan untuk menjaga kebersihan. Bahkan, cuma Islam yang ada mandi yang diwajibkan! Selain itu ada mandi yang disunatkan, seperti mandi sunat AidilFitri, mandi sunat Aidil Adha, mandi sunat hari Jumaat... SubhanaAllah.

Mungkin atas pelbagai faedah dan manfaat dari mandi itu, pelbagai tawaran perkhidmatan dan produk mandi ada di pasaran. Ada mandi bunga, mandi garam laut, mandi sauna herba, mandi susu, mandi coklat, mandi  baked-beans pun ada! Pendek kata segala macam jenis mandi. Namun biarpun mandi seperti biasanya, Ummi sangat percaya bahawa tatkala hati merasakan dekat dan memohon pada Ilahi, ketika itulah rahmat Allah datang bersama. Hmmm, bagus juga kalau hadiah hari ibu kita belanja ibu kita pakej mandi yang ditawarkan. Mesti dia suka!


Mac 2008 di rumah pertama, IranischeStr

 Disember 2008 di rumah kedua, WilldenowStr

Disember 2009 di rumah kedua, WilldenowStr

Ok semua, mari kita menjaga segenap aspek kebersihan sesuai dengan yang dituntut dalam Islam. Kebersihan adalah keperluan dalam mengendalikan sebuah kehidupan kerana menjaga kebersihan itu mempunyai hubungan rapat dengan iman. Tanam perasaan mencintai kebersihan dalam diri anak sejak kecil. Mudahan dia terbiasa dan menjadi amalan sepanjang hayatnya. Walau sekecil mana sampah itu, walau dimana kita berada, jangan sekali dibenarkan anak membuang sampah itu bukan pada tempatnya. Dari Sa'id bin al-Musayyab bahawa Rasulullah  s.a.w bersabda, "Sesungguhnya Allah itu baik dan menyukai yang baik. Dia juga bersih dan menyukai yang bersih. Dia juga mulia dan menyukai yang mulia. Dan juga dermawan dan menyukai yang dermawan. Oleh itu, bersihkanlah halaman dan perkarangan rumahmu daripada kotoran dan sampah-sarap. Janganlah kamu menyerupai rumah orang Yahudi, melonggokkan sampah di hadapan rumahnya".  (HR At-Tirmidzi)

Wassalam, 24 Disember 2009.
Ummu Khaulah

6 comments:

  1. Mar, sama lah kita mar penakut dgn tali pusat anak. kes huwaidi pulak tanggal pusat hari ke-22, bayangkan suspen nye nak mandikan dia, mula2 mama tlng lepas tu kami buat sama2..tp sejak pindah penang ni Alhmdlh baba huwaidi lah yg mandikan dia hampir hari2, (either pg/ptg la),dia suka sgt mandikan baby, lagipun time study ni flexsible time kan so more time at home, seronok tgk bonding baby & baba, time kita lak bonding masa breastfeeding. seronok kan bila dia pegang jari kita, The feel of his soft skin..

    Betul kata Mar mandikan anak pun satu luxury, anak2 yg dah besar pun nak ammi mandikan kadang2 , best kata mereka. hehe..

    ReplyDelete
  2. baru sempat update ye Mar...hehehe sihat ke? lama x dengar cerita. telefon rumah tu x berapa betul sikit...sekarang ni

    ReplyDelete
  3. ummukhaulah..

    Mandi memang saat yg merehatkan dan menyegarkan! Masha Allah..Nikmat sungguh! Saya suka mandi..kdg2 sampai 4 kali dlm sehari..

    ReplyDelete
  4. Sara - agree with you. Spending time with the little ones is special indeed.:D

    K Laila - itula, banyak kene catch-up dan belajar dari penulis tegar seperti akak. :D

    Ummu Ammar - Subhanallah, itu nikmatnya mandi di cuaca seperti tanahair.

    K Jas - great to see you K Jas. It has been a while...

    ReplyDelete
  5. hahaha. suker... sangat. Siapkan link kan entri khurai ke blog ni mar.. :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails