Friday, February 5, 2010

Keindahan dalam kedinginan (Part 2)

Sudah berkali-kali anak kecil berambut perang, bermata biru itu berjumpa denganku setiap kali menjemput anak-anak pulang dari kindergarten. Tapi, aku tidak memahami apa yang dikatakan. Aduh, dengan anak kecilpun tidak aku bisa memahami! Hanya dengan sepatah-dua kata yang difahami, aku  cuma mampu mengagak-agak sahaja.
Adakah dia mahu mengajak kami ke rumahnya untuk bermain?
Atau adakah dia mahu datang ke rumah kami untuk bermain?
Atau tadi dia bermain 'rumah-rumah' dengan Mujahid?
Soalnya aku hanya dapat menangkap Haus dan Speilen.

"Mujahid, cakap dengan Ali, Ummi tak faham dia cakap apa. Suruh dia cakap dalam English atau Melayu", bisik Ummi malu-malu.
"Mama saya hanya faham dalam English atau Melayu", tegas Mujahid pada teman baiknya.
"Ok macam ni, Mujahid terang pada Ummi, Ali cakap apa", sahut Ummi mencari penyelesaian.
"Ali kata nanti hari ini Mujahid main kat rumah dia, lepas tu tadi esok dia main kat rumah Mujahid ye." Alahai anakku, belum menguasai makna perkataan yang berkait dengan masa.

****
Akhirnya di suatu petang, Ummi bertembung dengan Hannan, mama Ali. Dia hanya memahami sedikit English dan Ummi hanya memahami sangat sedikit Deutsch! Dia mempelawa kami ke rumahnya hujung minggu ini. Sudah 3 undangan sebelum ini kami tolak kerana pelbagai hal. Oleh kerana hujung minggu itu kami tidak ke mana-mana, akhirnya Ummi bersetuju untuk ke rumahnya. Subhanallah, komunikasi alami menggunakan senyuman dan bahasa badan membolehkan sebuah persahabatan baru dijalinkan... Alhamdulillah.


(Jan 2010, perjalanan ke rumah kawan baik Mujahid diiringi salju)

Suhu pagi itu cuma minus 2. Pergerakan kami agak perlahan kerana snow sedang turun. Perjalanan dengan membawa anak kecil tentu berbeza jika dibandingkan berjalan bersendirian. Dengan niat memenuhi undangan sahabat baru dan meraikan janji 2 orang kawan baik yang ingin main bersama, kami sekeluarga keluar ke rumah Ali. Salju turun mengiringi perjalanan kami. "Hmm, sedap.. sedap", senyum Mujahid. Ingatkan apa, rupanya sedang tangkap snow dengan mulut anak sulung Ummi ni!

Perjalanan ke sana hampir sejam dek menunggu bas dan tercari-cari arah jalan yang betul. Akhirnya jam 3 petang kami sampai disambut dengan sorakan gembira Ali dan Mujahid. MasyaAllah, padanlah Ali beriya-iya mahu Mujahid ke rumahnya... permainannya sangat banyak dan mengikut peringkat umur pula tu! Walaupun anak tunggal, Ali pandai berkongsi mainan dan mendahulukan Mujahid dan Mukhlis dalam banyak hal. Bukan main hebat lagi mereka bermain, padahal di sekolah bukannya tidak berjumpa! Sambil mereka leka dengan dunia mereka, ibubapa sibuk berborak. Syukurlah Hassan dapat berbahasa Inggeris, dan Abi dapat sedikit berbahasa German. Tapi kalau Ummi dan Hannan bersendirian, kami saling membalas senyuman sahaja kerana masalah bahasa! Agaknya kalau Ummi sudah 9 tahun hidup di German seperti mereka, mampu tak fasih berbahasa Deutsch?

Hassan dan Hannan tidak lokek berkongsi pengalaman hidup mereka merantau. Kagum dengan kegigihan dan kecekalan mereka membina sebuah kehidupan. Pengalaman Hassan merantau ke pelbagai negara, keadaan Lubnan ketika perang Palastine-Israel, kegigihan mereka mencari ilmu sambil bekerja semuanya membuatkan Ummi percaya bahawa tiada kejayaan melainkan dengan kesungguhan. Tak sangka bapa Ali memiliki ijazah Sarjana Muda yang sama jurusannya dengan Ummi. Sekarang giliran mama Ali mengambil Sarjana Muda. Hidangan malam kami berupa pizza, roti daging, salad, yogurt dan paling istimewa, buah zaiton khas dari ladang kepunyaan datuk Ali di Lubnan. Hmmm, lecker!

Jam 5 petang, Ummi sudah mengajak anak-anak pulang kerana hari sudah gelap. Semakin malam, pasti suhu semakin rendah. Masakan mahu anak-anak itu berhenti bermain.

"Mujahid, esok boleh main dengan Ali lagi kan di sekolah..", pujuk Ummi.
"Mmmhhhhh...", rengusnya. Dah pandai merungut Abang Long ni!

Alhamdulillah, we had such a great time at the Makki's.  
Memenuhi undangan seorang kawan adalah sesuatu yang membahagiakan. 
Memenuhi undangan seorang kawan, dengan mengharungi perjalanan yang dingin adalah lebih membahagiakan. 
Memenuhi undangan seorang kawan, dan menunaikan janji 2 orang anak kecil , dengan mengharungi perjalanan yang dingin adalah sangat membahagiakan!

Terima kasih kepada Hassan, Hannan dan Ali untuk petang yang indah. Moga Allah menambah rezekimu dan membalasnya dengan ganjaran kebaikan yang berganda. Hassan siap menghantar kami pulang dengan keretanya sampai ke pintu rumah...

Alhamdulillah, keindahan dalam sebuah kedinginan.... bersambung.

Wassalam,
Ummu Khaulah
-050210-

3 comments:

  1. MasyaAllah Mar, kesanggupan mar & family mengharungi snow tu semata2 utk anak mmg impressive. Kalo sara tak taulah, dgn bby Khaulah lg nk bw..Dgn suhu -2c.

    Tp bila tgk gambar anak2 Mar happy seronok jmp kwn, mmg berbaloi rasenye, Tmbhn pula dpt kwn baru, tak kisahlah ada language barrier, yg penting seagama..

    Cantik gambar2 Mar, nanti sara pun nak try la shapecollage, hehe..take care deary. I really salute u. (dono why e/time sara bc entry Mar di perantauan sara yg rasa homesick & bergenang airmata, it happens nearly e/time..):-)

    ReplyDelete
  2. seronok bila jumpa kawan seagama di negara yang asing bagi kita. jaga diri dan keluarga

    ReplyDelete
  3. Sara, terima kasih kerana selalu bagi Mar kata-kata semangat. Writting make's me happy :) walaupun kadang tu, yang ditulis hanya perkara biasa seharian. Hmmm, been wondering nape Sara homesick pulak? Hehehe, kene selalu balik Kg la ni. Thanks for being my good friend. Miss you.

    KakFa10, memang persaudaraan seislam tu lagi dirasakan. Pasti pengalaman akak lebih banyak.. :)Terima kasih Kak..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails