Thursday, February 18, 2010

Keindahan dalam kedinginan (Part 3 -Finale)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Menemui anakandaku tercinta,
          Mujahid, Mukhlis dan Khaulah..

Malam sudah makin larut tatkala catatan ini ditulis. Suhu diluar cuma minus 1. Dijangkakan hari-hari esok kita akan merasai suhu di atas paras beku. Alhamdulillah. Tatkala ini kalian semuanya sudah tidur, namun mata Ummi belum boleh lelap. Sakit? Tidak... Runsing? Tidak... Namun ada sesuatu yang terbuku dihati Ummi. Dan Ummi ingin catatkan buat tatapan kalian di suatu hari nanti. Kata Abi, insyaAllah this will be our second last winter here. Wallahua'lam. Pastinya perancangan Allah itu yang terbaik.



Kesayanganku,
Musim dingin kali ini kita sempat merasai suhu sehingga minus 22. Sempat merasai ribut sajli. Kawasan Rugen antara yang paling teruk dilanda salju tebal. Ingat tak kita ke Pulau Rugen hari tu? Alhamdulillah bekalan elektrik dan gas di kawasan kita tidak terputus. Abi-lah yang paling sibuk memastikan keperluan kita semua tercukupkan, memastikan ubatan diambil, menggembirakan kita dengan pelbagai cara dan pulang dengan penuh keceriaan untuk bermain dengan kalian walaupun entah berapa kilometer berjalan setiap hari. Iya berjalan, kerana kita disini tidak memiliki kereta, bahkan basikal juga tiada. Berjalan di musim dingin ini menuntut lebih tenaga, lebih waspada. Dan di setiap malam kita menjerit keriangan menyambut kepulangan Abi. Wira dihati kita semua. Dan Ummi bahagia sekali dapat melaksanakan tugas utama dan mulia ini, sebagai isteri dan ibu. Suatu perasaan yang tidak pernah Ummi rasakan sebelum ini. Ummi tidak peduli lagi dengan tangga-gaji, tidak hirau lagi dengan kenaikan pangkat, tidak kisah lagi I'm not on top of the game... apalah harganya itu semua dengan kebahagiaan melihat kalian membesar dihadapan mata.

Musim dingin kali ini telah banyak mengajar Ummi erti keindahan hidup. Kadang-kala bila ujian dan cabaran datang menjelma, dan berupaya melaluinya dengan sabar, tawakkal dan senyuman semuanya menjadi lebih bermakna. Alhamdulillah, all praises to Allah. Padanlah nenek pesan pada Ummi di musim sejuk ini untuk 'keep warm, take your vitamins dan dont forget to smile'. Langit mungkin suram berpanjangan. Salju mungkin turun berlarutan. Suhu mungkin sejuk mencengkam. Dan kita hamba Yang Maha Kuasa tiada upaya menukar suasana alam. Namun kita mampu menukar pandangan. Melihat dengan senyuman dan hati yang tenang rupanya mampu pengubah pandangan kita terhadap sesuatu. Terima kasih kerana kalian mengingatkan Ummi untuk senyum dengan pelbagai wajah-wajah yang kalian hadiahkan buat Ummi. Melihat dirimu bahagia adalah kejayaanku...

Kecintaanku,
Banyak sekali rahsia yang Allah simpan buat kita...seribu satu hikmah yang perlu kita singkapi. A beautiful winter it is. InsyaAllah. Ingatkah lagi kalian kita bersama, 
meraikan ulangtahun Khaulah dan Mukhlis...
menerima kehadiran tetamu silih berganti...
menatap ukiran-ukiran ais yang dipamer...
berkejaran riang dihamparan salju...
berjamaah merintih dah berdoa mengharap kasih dan ampunanNya...
setiap yang kita lalui,
setiap yang kita miliki,
semuanya datangnya dari Allah,
dan kepadaNya jualah kita semua dikembalikan.

...dan seandainya Ummi terlupa, ingatkanlah diri Ummi untuk tetap dalam bersabar. It's been a wonderful winter, Alhamdulillah. Keindahan dalam sebuah kedinginan.

Wassalam,
Ummi
-160210-

4 comments:

  1. Salam Ummu Khaulah..

    Tenang baca coretan ummu Khaulah ini. Terharu pengorbanan suami ummu khaulah yg terpaksa bjalan berkm2 utk pulang menemui anak2 dan isteri..benar la di sebalik dugaan dan cabaran ..Allah hadirkan kebahagiaan dan ketenangan bagi orang2 yg bersabar..teruskan perjuangan!

    ReplyDelete
  2. umi mujahid mmg berbakat dlm menulis...
    tahniah... kalu mujahid nak tahu.. aunt mmg suka nak baca tulisan umi mujahid.. byk perngisian.
    thanks umi mujahid

    ReplyDelete
  3. Mardhiyah, indah sekali tulisannya, memang melihat kebahagiaan anak-anak adalah kejayaan seorang ibu ...

    ReplyDelete
  4. Ummu Ammar, terima kasih kata-kata semangatnya. Mudahan Allah melimpahkan redhaNya atas kita semua.

    Aunty Jas, Mujahid juga terharu ada kawan Umi yang ikut memberikan semangat. Terima kasih kembali..

    Alhamdulillah Mba Muna, moga Ummu Khaulah dapat menulis sebaik Mba Muna.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails