Wednesday, August 25, 2010

Mujahid Ramadhan

Alhamdulillah, tahun ini kami berpeluang menjalani Ramadhan buat kali ke-3 di Berlin. Oleh kerana setiap tahun, Ramadhan datang 10 hari lebih awal dari tahun sebelumnya, maka tempoh kami berpuasa juga menjadi semakin panjang kerana berada di musim panas.  Dijangkakan pada tahun hadapan, kami perlu berpuasa dalam tempoh yang lebih panjang lagi.

                        Subuh      Zuhr     Asar    Maghrib    Isya’      
1 Ramadhan      03:47      13:13    17:18      20:45       22:26      
15 Ramadhan    04:16      13:09    17:02      20:15       21:52      
29 Ramadhan    04:45      13:05    16:42      19:44       21:18      
(Jadual waktu solat di Ramadhan 1431H)

Sebelum tiba Ramadhan, hati  risau membayangkan bagaimanakah nanti berpuasa dalam tempoh 17jam. Doa dipanjatkan agar Allah membantu dan memberi kekuatan. Keazaman dikuatkan agar dapat menjalani ibadah puasa dengan sebaiknya. Namun, setelah melalui 10 hari pertama Ramadhan ternyata rahmah Allah begitu luas. Alhamdulillah, kami berjaya melaluinya dengan baik. Mudahan bertambah baik di 15 hari terakhir ini. Kalau Ramadhan tahun lepas kami diserikan dengan kehadiran Khaulah (entri Ramadhan 1430H), tahun ini kami berbahagia dengan perkembangan Mujahid berlatih puasa. Mungkin bagi anak-anak di negara kita dalam usia 6 tahun,  ada yang telah berjaya berpuasa penuh. Namun bagi Ummi dan Abi, perkembangan dan kesungguhan Mujahid sudah membuatkan kami berasa gembira walaupun tidak penuh dari terbit fajar hingga maghrib menjelma. Dengan suasana hidup di negara minoriti Muslim yang tidak mendukung, tempoh berpuasa yang begitu panjang, dan cabaran melihat adik-adiknya yang tidak berpuasa, Mujahid dapat melalui latihan ini dengan baik. Alhamdulillah. Kata-kuncinya ialah MELATIH.

Bagaimana Mujahid berpuasa? Seperti ini...
Kami membahagikan satu hari kepada dua bahagian. (Mungkin kalau anak yang lebih kecil usia,  boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian). Mujahid akan bangun sahur bersama dan berpuasa, tetapi berbuka di waktu tengahari. Hari pertama Ramadhan, Mujahid hanya bertahan sehingga jam 11 pagi. Alhamdulillah, ketika catatan ini ditulis Mujahid mampu sehingga jam 2.00 petang. Setelah 1 atau 2 jam berbuka, dia sambung lagi berpuasa sehingga maghrib. Dalam usia 6 tahun, latihan yang dijalani Mujahid dipantau dengan hati-hati agar tidak berlaku sesuatu yang memudharatkan. Pernah kami diberitahu supaya selalu memperhatikan bibir, lidah, tahap kecergasan dan keceriaan seseorang anak yang hendak berlatih puasa di usia muda.
 
Walaupun tidak penuh, tapi kami dapat melihat bagaimana Mujahid merasai apa itu lapar, dahaga dan apa yang berkait dengan lapar dan dahaga. Bukankah tujuan mengajar anak kecil berpuasa ialah untuk mereka berlatih dan merasai sedikit kesusahan? Semoga dijauhkan dari tujuan memuaskan kehendak ibu bapa semata-mata. Sungguh, mengajar anak berpuasa itu satu hal tetapi mengisinya agar dia memahami keindahan bulan Ramadhan itu satu hal lain pula.

Alhamdulillah, tugas kami memberikan gambaran keseronokkan beribadah di bulan Ramadhan kepada anak-anak dibantu dengan hadirnya pelbagai kegiatan di Masjid Al-Falah. Khamis lalu, Mujahid dan kawan-kawan berpengalaman menjalani ibadah i'tikaf dan bermalam di masjid. Anak-anak kecil ini didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang dilakukan ketika berada dalam bulan Ramadhan. Bermula dengan solat Asar berjamaah, diikuti dengan aktiviti oleh guru-guru TPA (Taman Pendidikan Al-Quran), berbuka bersama, bertarawikh, tidur bersama, sahur bersama sebelum pulang jam 10 pagi keesokkan harinya. Alhamdulillah, Mujahid dapat bermalam di masjid tanpa kehadiran Ummi dan Abi. Mudahan Mujahid mengerti bahawa ketika dia berpuasa, kawan-kawan lain turut berpuasa. Bahkan umat Islam seluruh dunia turut melakukan perkara yang sama... Semuanya dalam rangka taat kepada Allah s.w.t.

Sungguh puasa itu dapat mengajar si anak menjaga disiplin dan mengawal kehendaknya.
Alhamdulillah.
Mudah-mudahan Mujahid Ramadhan terus menjadi Mujahid di luar Ramadhan.
Semoga Allah memberkatimu anakku...
dan semoga adik-adikmu dapat mencontohi perkara yang sama. Amien.



Buat keluarga dan sahabat jauh dan dekat, 
ditujukan ucapan dalam Salam Perantauan ini. (Akhirnya berjaya masuk.. hehehe)

Wassalam,
Ummu Khaulah
(25082010, 15 Ramadhan 1431H)

5 comments:

  1. Salam mar,
    rindu nk membaca catitan mar.
    congrats to mujahid.ye di sana cabaran lebih berbeza..teringt masa sara kecil dulu di uk, kawan2 tak berpuasa, dgn long hours nya..tp alhmdulillah betullah yg penting practice kan.
    keep up the good work ye mujahid, setakat ni hanzalah dah 3 hari tak puasa due to demam.hari-hari lain alhamdulillah penuh :)

    comel nya wawa pakai tudung (teringin lak nak bby girl ,hehe)

    masuk utusan on9, wah glamer lah Mar! ^_^

    ReplyDelete
  2. kami di scotland puasa 19 jam tahun ni, mula2 tu rasa boleh ke tak boleh ni.. tapi alhamdulillah, dipermudahkan oleh Allah.

    ReplyDelete
  3. Masuk Utusan.. Glamer la Mar.. hihihi. Iman pun tahun ni practice puasa. Kadang-kadang kalau dah jam 6++ menangis nak minum air. Adush.. meruntun jiwa nak memujuknya. Semalam, dia tak bangun sahur, (kejut-kejut pun takmo bangun). Bila dia sedar dah terang, terus dia nangis.. (Jadi bagi can, tak pose lah semalam.. huhuhu).

    Best lah ada program macam Mujahid masuk di masjid tu. Di Ipoh ni, tak pernah lah pula dengar dengar program macam tu. Bagus ya utk mendidik anak cara yg betul pengisian ramadhan.

    btw, selalu baca news malaysia online? Currently, terlalu ramai orang gila di sini. Buang anak, sembelih anak, simbah asid.. Hidup di negara Islam ini kadangkala lebih menakutkan.

    ReplyDelete
  4. thank you Sara. Tapi ni, Mujahid dah start sekolah, petang2 baru puasa. :)

    fa01, Subhanallah! panjang sekali. Tahniah kerana dapat menyempurnakan ibadah Ramadhan dengan sebaiknya!

    Khurai, cubalah tanya2. Kadang aja je program2 macam ni kat masjid2. Cuma tak banyak la kot. Ada juga baca news. memang sangat menakutkan. Perasan tak, kebetulan org buang2 anak ni kira2 8 bulan dari New Year... Masih banyak kerja kita untuk menyedarkan masyarakat kita berubah menjadi baik. Mudahan Allah memelihara kita semua.

    ReplyDelete
  5. wah...dah besar dah yer Mujahid....ada cakap lg x perkataan "BAHAYA2x"....hehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails