Saturday, September 4, 2010

Kek Pisang Ramadhan

Begitu bersungguh sekali Abi mencuba resepi Carrot Cake. Biasanya kek karot ini menjadi hidangan kemestian apabila ada majlis makan-makan di Embassy. Memang sangat sedap ditambah dengan cream frosting di atasnya. Semua suka! Sayang sekali percubaan kali pertama Abi tidak berapa menjadi. Kek keras dan sangat manis. Untuk menikmatinya, adalah seperti menjamah manisan yang dimakan sedikit demi sedikit. Kata Abi, nanti hendak dicuba lagi.

Selang beberapa hari, Abi mencuba resepi Moist Banana Bread pula, atau kita panggil Kek Pisang. Alhamdulillah, menjadi. Lembut. Sedap. Just nice! Boleh la menjadi salah satu hidangan apabila tetamu datang nanti, ye tak? Bagaimana Abi melakukannya? Ikuti langkah satu per satu dalam video ini, ditambah dengan kesungguhan dan kasih sayang ;)


Hasilnya...




















Beginilah jadinya kalau dapat suami hobinya memasak :)
Sudah pelbagai jenis resepi yang dicuba. Cuma Ummi yang jarang merakamkan kenangannya buat anak-anak. Memasak adalah salah satu skill kehidupan yang penting, baik untuk perempuan mahupun lelaki. 

Ok, selamat mencuba!

Wassalam,
- Ummi, 4 Sept 2010 -

(p/s : Subhanallah, baru Ummi perasan. Last entry di bawah label Diari Dapur juga bertarikh 4 Sept. Sudah setahun berlalu! Resepi Kek Coklat Segera. Nampak sangat hobi Ummi bukan memasak!!)

5 comments:

  1. Tambah semangat lagi buat bila ada cake mixer baru... hehehe

    Abi

    ReplyDelete
  2. seronoknya kalau ada yg masakan kan.. terharu je... salam kenal

    ReplyDelete
  3. baguslah punya hubby yg hobinya memasak.. bolehlah Mar rehat sikit.. lagipon bila lihat hubby memasak ni nampak cute dan romantik je.. hehehe

    ReplyDelete
  4. wah.. bolehlah post byk2 resepi kat sini... nanti leh cuba .. salam kenal juga dari sya yer ummi

    ReplyDelete
  5. duk kat perantauan ni kek pisang la yg paling sedap.. hikhik. Tahniah buat Abi.
    Selamat hari raya...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails