Monday, September 13, 2010

3 kali Syawal

Alhamdulillah, 29 hari berpuasa di bulan Ramadhan telah disempurnakan dengan sebaik dan semampunya. Mudahan kita semua telah berjaya mengisi dan mewarnai bulan al-mubarak itu dengan ibadah pada yang Maha Esa demi meraih redha dan cintaNya.

Tahun ini kami menyambut Syawal buat kali ke 3 di Berlin. Dan mungkinkah akan mencukupkan dengan kali ke 4? Wallahua'lam. Hanya pada Allah kami berserah dan bertawakkal. Di kesempatan ini, kami seisi keluarga memohon maaf atas salah dan silap kepada semua keluarga, sahabat jauh dan dekat, juga pengunjung rumah maya kami ini. Mudahan niat kami berkongsi sedikit catatan hidup ini mendapat ganjaran dari Allah dan memberi manfaat buat yang singgah lalu. 

Eid Mubarak.
مِنَ الْعَائِدِيْنَ الْفاَئِزِيْنَ

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ 

(Semoga Allah menerima amalan dari kami dan dari kamu).

1 Syawal 1429H, 1 Syawal 1430H dan 1 Syawal 1431H, 
Kedutaan Besar Malaysia di Berlin.

Salam Aidilfitri & Maaf zahir batin dari,
Mohamad Rizza,
Mardhiyah,
Ahmad Mujahid,
Ahmad Mukhlis,
Khaulah Sofiyah


- 13 Sept 2010, 5 Syawal 1431H -

4 comments:

  1. salam kak mar sekeleluarga. Kami minta maaf tak dapat datang ke rumah pada hari jumaat yang lepas kerana najib ada temujanji buat visa. Apapun, kami ingin menugucapkan terima kasih buat akak sekeluarga yang membantu sejak kami sampai di Berlin. Mohon maaf di atas salah dan silap.

    Salam Syawal dari kami
    najib & Emy

    ReplyDelete
  2. salam syawal,
    beraya di rantauan rupanya...

    ReplyDelete
  3. Salam ummu khaulah..

    Eid Mubarak! Semoga bahagia di Aidilfitri walau jauh di perantauan..

    ReplyDelete
  4. salam eidul fitr dari Sabah..wah..cantik gambar akk n famili..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails