Sunday, September 4, 2016

Esok Mujahid UPSR!


To Ahmad Mujahid, 
my first born...

Esok dah nak UPSR. Ummi rasa gelisah. Berdebar pun ada.. No, Ummi bukan risaukan tentang berapa A yang Mujahid akan bawa pulang. Semuanya sudah tercatatkan. Mujahid sangat bertuah. Disayangi dan didoakan oleh ramai orang. Dari pagi mesej masuk dalam watsapp Ummi dengan pelbagai doa dan kata-kata yang baik. Alhamdulillah, atas nikmat itu.
Tapi Ummi risau apa yang akan terjadi selepas itu! Seolahnya UPSR itu seperti satu finish line untuk Mujahid mengembara to the next level. This time as a teenager! I don't know anything about teenagers, Mujahid. Ummi ada baca berita, ada dengar cerita.. macam-macam khabar yang menakutkan. Adalah juga Ummi baca-baca buku sikit-sikit tentang remaja. But still, Ummi rasa 'semacam'. Sebak-takut-risau-bangga- and everything in the middle.
Mujahid, selepas UPSR...

...will you kiss me before going to school?
...will you share your stories over dinner?
...will you ask my opinion on something?
...will you still help Ummi with the household chores?

Hanya pada Allah Ummi & Abi berserah dan berharap. Nak tak nak, usia kita tetap berlalu pergi. You are growing to be a young man. Older and stronger as the days goes by. Dah sama tinggi pun dengan Ummi. Masih segar dalam ingatan Ummi, 5 tahun yang lalu ketika berat hendak melepaskan Mujahid pergi klassenfahrt. Dalam pelukan itu, Mujahid berbisik penuh keyakinan, "Ummi jangan nangis, Allah jaga Mujahid!"

..Would you please hug me and say those words again, Mujahid!
Bittaufiq wannajah, my dear.
***
Ummu Khaulah
4 September 2016
<3 span="">
Related Posts with Thumbnails